Ultimate magazine theme for WordPress.

2022 Proton Saga MC2 Hadir Dengan Ciri Yang Baru Pada Harga Bermula RM34k

0

Salam Cinta Berputik Semula, Proton Saga adalah sebuah kenderaan yang dikenali di kebanyakan negara, dan ia adalah kereta pertama yang dilancarkan di Malaysia iaitu pada tahun 1985. Terbaru, dengan nama yang diberi 2022 Proton Saga MC2 ini, ia hadir dengan ciri yang baharu ini yang min rasa bakal membuat korang terfikir banyak kali sebelum membeli.

2022 Proton Saga MC2 ini nampaknya masih lagi mengekalkan penggunaan enjin yang sedia ada, akan tetapi yang terbaru ini, ia hadir dengan kemaskini dalaman seperti sokongan untuk menghidupkan enjin nirkunci. Walaupun kita tahu bahawa ciri ini sebenarnya sudah lama diperkenalkan di kalangan kereta-kereta moden pada zaman sekarang.

Kereta ini juga dilengkapi dengan enjin 1.3L yang juga mengeluarkan output 95PS dan pecutan 120Nm. Kereta ini turut dihadirkan dengan skrin inforia bersaiz 7-inci yang berkebolehan dalam menghubungkan ke peranti Android atau iOS. Daripada sudut harga pula, untuk yang model basic ia hadir dengan tanda harga RM34,400 dan untuk model Premium S pula hadir dengan tanda harga RM44,300. Akan tetapi harga yang min nyatakan itu tadi masih tertakluk kepada pengecualian cukai jalan sehingga 30 Jun 2022.

Ada yang tengah cari kenderaan? boleh lah try check it out 2022 Proton Saga MC2 ni. Sampai berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

 

 

 

Sumber Gambar:

https://www.motoqar.com/2022/76316/risalah-proton-saga-2022-bocor-ini-perincian-baru-yang-anda-perlu-tahu.htmlhttps://

www.zigwheels.my/car-news/2022-proton-saga-mc2-debut-confirmed-for-may-12-heres-what-we-know-so-far

https://paultan.org/2022/05/12/2022-proton-saga-mc2-facelift-launched-premium-s-variant-revised-dash-esc-on-standard-from-rm34-4k/

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.