Ultimate magazine theme for WordPress.

OPPO : Spesifikasi Telefon Boleh Lipat Didedahkan?

0

Seperti pada artikel kami yang lepas, OPPO bakal mengeluarkan peranti terbaru mereka yang akan hadir dengan rekabentuk boleh lipat. Hal ini disahkan sendiri oleh Vice President of OPPO dan President of OPPO, Liu Bo.

Hari ini sedikit spesifikasi telah didedahkan oleh Digital Chat Station di laman sesawang Weibo.

Digital Chat Station dalam ciapan yang dimuatnaik itu menyatakan bahawa peranti boleh lipat OPPO bakal menawarkan paparan skrin bersaiz 7.8 inci atau 8 inci dan digandingkan bersama skrin OLED yang mempunyai kadar segar semula 120Hz. 

Selain itu, peranti ini juga bakal dijanakuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 888, dilengkapi dengan 50MP bagi kamera belakang, 20MP kamera hadapan yang menggunakan  sensor Sony IMX766 dan mempunyai pengecaman cap jari di sisi peranti.

Walaubagaimanapun, hanya itu sahaja maklumat yang dikongsikan. Selain daripada itu seperti tarikh pelancaran, spesifikasi penuh dan sebagainya masih belum diketahui.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.