Ultimate magazine theme for WordPress.

OnePlus Buds Z2 Turut Rasmi Dengan ANC dan Ketahanan Bateri Sehingga 38 Jam

0

Selain OnePlus 9RT, pihak OnePlus turut mendedahkan fon telinga tanpa wayar  Buds Z2 barunya. OnePlus Buds Z2 hadir dengan Active Noise Cancellation (ANC), sokongan Dolby Atmos dan juga mempunyai jangka hayat bateri sehingga 38 jam tanpa ANC dihidupkan.

ANC pada OnePlus Buds Z2 dikatakan dapat mengurangkan hingar sehingga 40dB serta mempunyai mod tembus bagi membolehkan pendengaran bunyi daripada luar dengan bantuan tiga mikrofon.


Selain itu, OnePlus Buds Z2 juga mempunyai IP55 yang kalis peluh dan air  serta kotak pengecasan yang mendapat perlindungan IPX4. Penggunaan setiap OnePlus Buds Z2 ini bertahan sehingga 7 jam jika ANC dimatikan dan 5 jam jika ANC diaktifkan

Pengecasan tanpa wayar (Warp Charge) selama 10 minit mampu memberikan penggunaan sehingga 5 jam.

OnePlus Buds Z2 hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih dan dijual pada tanda harga CNY 499 (~ RM 322).

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

 

Sumber

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.