Ultimate magazine theme for WordPress.

UPS : Keperluan Work From Home (WFH)

0

Jika anda dapat kembali ke masa lampau iaitu sebelum berlakunya krisis Covid-19, apa yang anda akan beritahu kepada diri anda pada ketika itu? Anda tidak akan percaya bahawa akan berlakunya pandemik ini dan disebabkan itu anda perlu untuk #stayathome bagi memastikan keselamatan anda terjamin. Mungkin gaya hidup anda telah berubah pada ketika ini dengan rutin harian yang baru. Tempat untuk beristirahat sebelum ini telah pun menjadi tempat yang memerlukan anda bekerja di hari bekerja oleh kerana pandemik yang melanda.

Walaubagaimanapun, adakah anda yakin bahawa elektrik di rumah anda tidak akan mengalami sebarang gangguan ketika anda sedang bekerja? Jika di pejabat, kebanyakkannya pasti akan mempunyai peralatan bantuan kuasa dan juga penjana kuasa yang akan terus memberi respon sebagai bantuan tambahan bagi memastikan kerja anda tidak terganggu. Namun itu di pejabat, apa pula nasib jika perkara sedemikian rupa berlaku ketika anda bekerja dari rumah (work from home)? Sudah tentu anda memerlukan juga peralatan dan penjana seperti di pejabat kan? Jangan risau! Kami ada penyelesaiannya untuk anda!

Apa itu bateri bantuan?

Apabila sedang bekerja dari rumah, kami mencadangkan anda perlu lebih berhati-hati berkenaan penyimpanan data, penjagaan peralatan dan juga sambungan internet bagi memastikan perjalanan gerak kerja anda lancar dan produktif tanpa perlu menghadapi sebarang gangguan bekalan kuasa, lonjakan kuasa, kegagalan elektrik dan sebagainya. Pastikan anda mempunyai penyelesaian bantuan tambahan seperti bekalan kuasa yang tidak akan terganggu (UPS) yang sangat berguna.

Kenapa Anda Perlukan UPS?

Anda mungkin tidak tahu bahawa lonjakan kuasa boleh terjadi disebabkan oleh kerja-kerja utiliti, disambar petir dan juga faktor cuaca yang lain. Kebiasannya, lonjakan kuasa ini akan terjadi apabila terdapatnya peralatan seperti komputer, komputer riba, monitor dan juga mesin pencetak. Tambahan pula, peralatan seperti itu tidak dibina untuk menahan lonjakan kuasa ini dan pastinya kelengkapan eletrik rumah anda tidak mampu untuk melindungi perkara sebegitu daripada terjadi sekaligus merosakan peralatan elektrik anda.

Sehubungan dengan itu, UPS adalah penyelesaian yang terbaik dimana UPS ini akan memberikan anda lanjutan masa untuk menyelamatkan segala data anda tanpa perlu kehilangannya walaupun pada ketika itu sedang berlakunya gangguan bekalan kuasa. UPS juga dapat memastikan router internet anda sentiasa terpasang bagi mengelakkan terputusnya sambungan internet ketika itu. Lebih-lebih lagi jika waktu itu anda sedang bermesyuarat dimana mesyuarat itu memerlukan anda untuk sentiasa produktif tidak kira apa pun yang terjadi. 

Apa Yang Perlu Dipertimbangkan?

Sebelum anda memilih UPS model apakah yang sesuai untuk situasi berikut, anda perlu memastikan kedudukan router internet anda supaya senang untuk anda meletakkan UPS berdekatan dengan router yang bakal berfungsi sebagai bantuan bekalan kuasa kelak. Selain itu, anda juga perlu memastikan UPS yang anda pilih itu dapat menampung jumlah kesemua peralatan yang memerlukan bekalan kuasa elektrik jika ketika itu berlakunya gangguan. Yang terakhir adalah berapa lama anda memerlukan sesuatu peralatan itu untuk kekal hidup walaupun gangguan bekalan elektrik berlaku. Hal ini akan dapat menentukan apakah ciri dan model UPS yang perlu anda pilih bersesuaian dengan keperluan anda.

Apa Yang Dapat Dicadangkan?

Cadangan bagi anda yang ingin mendapatkan produk UPS ini adalah APC Easy UPS BVX 700VA by APC Schneider Electric.  UPS bagi model ini hadir dengan rekabentuk yang sangat kecil dan juga mampu milik bagi melengkapi rumah anda. UPS ini bertanda harga RM250.00 sahaja. Easy UPS ini menggunakan Automatic Voltage Regulation (AVR) bagi kestabilan bekalan kuasa untuk memastikan jangka hayat bateri dan tempoh penggunaan dapat dimaksimumkan dengan membetulkan voltan rendah tanpa perlu nyahcajkan bateri disamping melanjutkan peralatan anda untuk terus digunakan tanpa sebarang gangguan.

Anda boleh mendapatkan APC Easy UPS BVX 700VA ini di platform rasmi APC by Schneider Electric di Shopee dan Lazada.

APC by Schneider Electric adalah jenama yang dipercayai ramai dan gunakanlah ia untuk melindungi peralatan berharga anda.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.