Ultimate magazine theme for WordPress.

UPS : Pelengkap Bagi Kehidupan Anda Sebagai Seorang Gamers

0

Bayangkan apabila anda telah selesai melalui satu hari yang sangat panjang dan sibuk, anda pulang ke rumah dan bersedia untuk membuka komputer untuk berehat. Kemudian, anda memanggil beberapa kawan anda, membuka permainan video kegemaran anda, dan bersama dengan pasukan anda merangka strategi bagi memulakan permainan video itu. Namun, apabila sudah 10 minit berada di dalam permainan video tersebut, secara tiba-tiba – Snap! Terputus bekalan elektrik!

(sekadar gambar hiasan)

Pernahkah perkara sebegini terjadi kepada anda? Bagaimana jikalau kami memberitahu bahawa terdapatnya kelengkapan yang akan menyempurnakan hidup anda sebagai gamers tanpa perlu melalui situasi sedemikian rupa? Memperkenalkan bekalan kuasa yang tidak terganggu juga dikenali sebagai UPS (uninterruptible power supply), menawarkan kepada anda bantuan kuasa dengan serta merta jika perkara seperti berikut terjadi.

Perlindungan Daripada Gangguan Bekalan Kuasa

Suatu bateri bantuan dikala kecemasan sedemikian jika ianya berkualiti baik, akan memastikan anda untuk dapat terus melakukan apa yang anda sedang lakukan waktu ketika itu dan sekaligus memastikan anda dapat menamatkan permainan video itu tanpa kehilangan data. Bermodalkan UPS dapat memastikan komputer anda sentiasa berfungsi dengan lancar terutamanya buat anda para gamers yang sudah penat untuk menghadapi hal yang sedemikian rupanya apabila sedang menikmati permainan video. Dengan adanya UPS ini, anda tidak perlu risau apabila berlakunya terputus bekalan elektrik semasa anda sedang menikmati permainan video ketika itu.

Perlindungan Terhadap Lonjakan Kuasa

UPS yang terbaik ini juga mempunyai elemen lain yang sangat penting, iaitu dapat melindungi produk elekrik anda daripada terjadinya lonjakan kuasa. Lonjakan kuasa bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh. Malah, apabila berlakunya lonjakan kuasa ianya dapat merosakan barangan sensitif seperti komputer, monitor dan telefon pintar kerana lonjakan kuasa ini akan memberikan voltan yang tinggi pada peralatan anda lebih daripada voltan yang sepatutnya peralatan anda terima. Dengan UPS yang terbaik ini akan memastikan anda dapat menggunakan peralatan elektrik anda tanpa perlu risau akan jika terjadinya lonjakan kuasa disamping UPS ini juga mempunyai port USB berfungsi bagi mengecas telefon pintar dan tablet anda dengan perlindungan tambahan. 

APC Back UPS Pro BR 900VA by APC Schneider Electric 

Jika anda menginginkan untuk sentiasa dapat melakukan perkara yang anda gemari tanpa gangguan sedemikian rupa, UPS Back UPS Pro BR 900VA by APC Scheider Electric  adalah jawapan kepada semua itu. Produk ini bertanda harga RM1,100 dan ia adalah merupakan produk yang sangat inovatif, fleksible, mempunyai tahap keselamatan yang tinggi serta mempunyai pelbagai fungsi bagi penggunaan rutin harian. APC Schneider Electric telah melakar banyak sejarah dalam menawarkan bateri bantuan dan UPS adalah penyelesaiannya, bukan hanya untuk bermain permainan video sahaja malah untuk kesemua jenis peralatan yang berpotensi menghadapi situasi seperti di atas sama ada di pusat data, rumah dan juga pejabat.

UPS ini sangat berbaloi untuk dijadikan sebagai bantuan sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini sekaligus dapat menyelamatkan segala data, keselamatan peralatan dan juga masa berharga ketika bermain permainan video tanpa perlu hadapi sebarang gangguan!

Pastikan anda mempunyai Back UPS Pro BR 900VA by APC Schneider hari ini! Pembelian boleh dilakukan di platform rasmi Shopee dan Lazada APC by Schneider Electric.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.