Ultimate magazine theme for WordPress.

Siri Snapdragon 900 : Adakah Bakal Dilancarkan Tahun Hadapan?

0

Berdasarkan daripada sumber, acara bagi Qualcomm Snapdragon Summit akan ditangguhkan daripada 30 November 2021 sehingga 2 Disember 2021. 

Secara ringkasnya, acara ini sepatutnya menjadi satu acara bagi perasmian pengeluaran cip pemprosesan baharu mereka. Desas-desus sebelum ini mengatakan bahawa cip pemprosesan baharu yang bakal dikeluarkan adalah Snapdragon 898 namun beberapa laporan terkini mengatakan penamaan akan dilakukan dan ianya dipanggil sebagai Snapdragon 8 Gen1. 

Manakala bagi siri Snapdragon 900 dikatakan mungkin bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

Secara nyata dan jelas, siri Snapdragon 900 ini pastinya akan melangkaui cip pemprosesan sebelumnya iaitu siri Snapdragon 8. Namun apa yang lebih menjadi teka-teki adakah kekurangan cip pemprosesan ini bakal diwarisi generasi seterusnya yang mana isu terbesarnya adalah isu berkenaan dengan kepanasan serta kadar penurunan drastik jangka hayat bateri? 

Sama-sama kita nantikan kemunculannya akan datang.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.