Ultimate magazine theme for WordPress.

Dyson HushJet Mini vs JisuLife Handheld Fan Ultra2: Mana Lagi Berbaloi Untuk Cuaca Panas?

Biasanya bila kita cakap pasal kipas tangan, kita bayangkan kipas plastik ringan yang murahan, bateri tak tahan lama, mudah rosak, dan tak berapa lasak.

Tapi bila jenama seperti JisuLife berani mengeluarkan kipas ‘flagship’ dengan binaan menyerupai komponen kapal terbang, ia mencetuskan satu persoalan Adakah ini benar-benar revolusi kipas angin mudah alih, atau sekadar gimik yang kita tidak perlukan?

Baru-baru ini, dengan cuaca yang panas berdenting terutamanya di kawasan seperti Melaka, kami telah menguji JisuLife Handheld Fan Ultra2 dan meletakkannya secara head-to-head dengan
Dyson HushJet Mini untuk melihat sendiri apa yang kipas-kipas premium ini mampu tawarkan

 

Kualiti Binaan (Build Quality)

 

Dari segi unboxing, keduanya membawakan perkakasan yang berbeza satu sama lain, tetapi boleh dilihat, JisuLife Handheld Fan Ultra 2 hadir dengan beberapa attachment tambahan untuk di pakai kan sekali bagi tujuan yang berbeza berbanding dengan Dyson Hushjet Mini yang lebih ringkas perkakas dalam kotaknya.

 

Dari segi perbezaan rekaan dan binaan , approach kedua nya juga cukup berbeza sama sekali.

Dyson HushJet Mini mengetengahkan rekaan minimalis berbentuk L seakan-akan paip air, dengan kerangka yang diperbuat daripada ABS Material.

Beratnya juga agak ringan, sekitar 212 gram sahaja.

Sebaliknya, JisuLife Handheld Fan Ultra2 tampil dengan pendekatan rekaan kipas tangan tradisional, tetapi kerangkanya diperbuat daripada premium metallic aluminum alloy yang terasa sejuk dan premium
apabila dipegang .

Dengan material ini, berat JisuLife sedikit lebih berat tapi premium berbanding Dyson iaitu pada 292 gram.

 

Kuasa Ekstrem (Raw Power)

Di atas kertas, JisuLife tidak main-main. Ultra2 dilengkapi dengan 100 tahap kelajuan, dikawal menggunakan scroll wheel, dan dipaparkan melalui skrin digital LED yang sangat jelas walaupun
di bawah cahaya matahari terik.

Dyson pula kekal dengan pendekatan mudah, hanya menawarkan 5 tahap kelajuan.

 

Ujian Kelajuan Angin

 

Apabila kedua-duanya diuji pada tahap maksimum, angin dari JisuLife Handheld Fan Ultra2 mampu mencecah kelajuan 16 hingga 16.8 milisaat, berbanding Dyson HushJet Mini yang mencatatkan sekitar 14.9 milisaat sahaja. Jelas sekali, dari segi raw power, JisuLife adalah pemenangnya.

 

Angin yang lebih kuat ini bermakna anda mendapat penyejukan yang jauh lebih pantas, terutamanya apabila berada di luar di bawah panas terik matahari.

 

Kecekapan Penyejukan & Fungsi Tersembunyi


Dalam ujian penyejukan dari jarak 20cm, JisuLife Ultra2 mampu menurunkan suhu angin dari 36 darjah Celcius ke 30 darjah Celcius hanya dalam masa 5 saat sahaja.

Dyson pula memerlukan masa sekitar 13 saat untuk mencapai penurunan yang sama .

Liputan angin (airflow coverage) JisuLife juga lebih luas, membolehkan pengguna menyejukkan muka dan leher secara menyeluruh tanpa perlu kerap mengalih-alihkan sudut kipas.

Lebih menarik, JisuLife Ultra2 disertakan dengan aksesori munching magnetik (magnetic nozzle). Apabila dipasang, kipas ini berubah fungsi menjadi blower yang cukup kuat untuk meniup
habuk di papan kekunci komputer atau membersihkan meja .

 

Tahap Bunyi (Noise Level)

Kuasa angin yang luar biasa datang dengan sedikit pertukaran (trade-off). Pada kelajuan maksimum (tahap 100), JisuLife mencatatkan bunyi sekitar 84.65 desibel—berbunyi seakan-akan
enjin jet mini. Dyson pula terbukti lebih senyap pada kelajuan penuhnya, mencatatkan 78.32 desibel sahaja.

Namun, jika anda menurunkan JisuLife ke tahap 20 atau 30, bunyinya kekal senyap dan sangat selesa untuk penggunaan di dalam rumah atau di meja pejabat. Ini adalah sweet spot
yang ideal untuk kegunaan harian.

 

Prestasi Bateri & Utiliti 3-Dalam-1


Di sinilah JisuLife Ultra2 benar-benar menyerlah dan membuktikan gelaran ‘Ultra’ miliknya.

Dyson dibekalkan dengan bateri 5000mAh yang bertahan lebih kurang 6 jam lebih, manakala JisuLife
dimuatkan dengan bateri gergasi 9000mAh yang mampu bertahan sehingga 25 jam.


JisuLife Ultra2 bukan sekadar kipas biasa. Ia turut berfungsi sebagai powerbank dengan sokongan pengecasan pantas (fast charging) 18W bagi input dan output.

Selain itu, ia dilengkapi 3 mod lampu suluh berserta lampu amaran SOS untuk kes-kes kecemasan—ciri-ciri yang langsung tiada pada Dyson.

 

Kesimpulan (The Verdict)

Selepas menggunakannya selama beberapa hari, JisuLife Ultra2 bukan lagi sekadar kipas —ia adalah alat kelangsungan (survival tool) premium terutamanya untuk cuaca panas di
Malaysia . Ia sangat membantu ketika beriadah bersama keluarga, dan menjadi penyelamat buat kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit ekzema yang mudah gatal apabila berpeluh.

Kipas ini juga mempunyai safety lock supaya tidak terpasang dengan sendirinya di dalam beg.

Siapa yang patut beli JisuLife Ultra2? Jika anda seorang power user, kerap berada di luar (outdoor), atau mencari gajet EDC (Everyday Carry) yang bertindak sebagai kipas, powerbank, dan lampu, ini adalah pilihan tepat. Dengan harganya yang lebih berbaloi dari Dyson, ia memberikan prestasi, ketahanan, dan nilai wang (value for money) yang jauh lebih baik di dunia sebenar.

Bagaimana pula dengan Dyson HushJet Mini? Jika anda seorang penyokong tegar (loyalist) Dyson, mementingkan rekaan minimalis, inginkan kipas yang sangat ringan (212 -218 gram), dan tidak kisah tentang jangka hayat bateri yang lebih pendek, Dyson masih merupakan peranti berteknologi mantap.

- Advertisement -

Comments are closed.