Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR Rasmikan Kedai Ke-100 di KLCC, Tanda 4 Tahun Inovasi dan Kepercayaan Rakyat Malaysia

HONOR Malaysia mencatatkan pencapaian besar menerusi pembukaan rasmi kedai ke-100 jenama ini di Suria KLCC pada 28 Jun 2025. Detik ini melambangkan pertumbuhan luar biasa HONOR sejak memasuki pasaran Malaysia pada 2019.

 

Pelancaran tersebut telah menarik ramai pengunjung dan pelancong yang hadir untuk alami sendiri rangkaian produk terbaharu HONOR seperti Siri HONOR 400, HONOR MagicBook Pro 14, HONOR Pad 10, HONOR Watch 5 Ultra serta HONOR Band 10. Mereka juga berpeluang mencuba Cross-OS Connectivity, atau kesambungan rentas operasi pertama di Malaysia, yang membolehkan integrasi terus antara Siri HONOR 400 dengan iPhone atau iPad. 

 

“Pembukaan kedai ke-100 kami di lokasi berprestij ini adalah detik yang membanggakan buat HONOR. Ia mencerminkan komitmen kami terhadap pasaran Malaysia dan sokongan kuat daripada pengguna tempatan. Kami berkomited untuk melangkah lebih jauh dan memperkenalkan teknologi terkini yang benar-benar menepati keperluan pengguna,” kata Justin Li, Presiden HONOR Pasifik Selatan.

 

HONOR Terajui Segmen Pertengahan Premium, 1 Daripada Setiap 4 Telefon Pintar Dijual adalah HONOR

Dalam tempoh empat tahun, HONOR telah muncul sebagai pesaing utama dalam segmen telefon pintar premium, khususnya menerusi produk flagship seperti HONOR Magic V3 yang setanding dan mampu menyaingi jenama-jenama gergasi seperti Apple dan Samsung.

 

“Berdasarkan data kajian terkini daripada pihak ketiga, HONOR kini jenama elektronik pengguna terunggul dalam segmen pertengahan premium di Malaysia. Bagi telefon pintar dalam lingkungan harga antara RM1,500 hingga RM3,000 contohnya, setiap empat unit yang dijual, satu daripadanya ialah peranti HONOR,” ujar Li.

 

Pelaburan Strategik Ke Arah Inovasi Runcit

Sempena pencapaian ini, HONOR turut mengumumkan perancangan untuk melabur sebanyak RM10 juta setiap tahun dalam memperluas rangkaian kedai dan meningkatkan pengalaman pelanggan di seluruh negara. Pelaburan ini akan memberi tumpuan kepada pembinaan zon interaktif, memberikan peluang untuk mencuba peranti secara langsung, serta integrasi teknologi pintar di semua kedai.

 

Infrastruktur Khidmat Pasca Jualan Yang Terbaik

HONOR membawa reputasi sebagai jenama yang menawarkan perkhidmatan pasca jualan yang cemerlang. Walaupun peranti HONOR terkenal dengan kualiti tinggi dengan kadar kerosakan antara yang terendah dalam industri, jenama ini tetap menumpukan perhatian untuk mempertingkatkan sokongan pelanggan.

 

“Fokus kedua kami adalah untuk terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pasca jualan kami,” kata Li. “Sungguhpun dikenali dengan kualiti dan kadar pembaikan terendah dalam industri, HONOR tetap berkomited untuk menyokong pelanggan selepas mereka membuat pembelian.”

 

Sejak pembukaan pusat servis pertama pada 2022, HONOR Malaysia kini telah berkembang dengan 18 pusat servis rasmi, dengan tiga lagi bakal dibuka tidak lama lagi. Menjelang akhir 2025, HONOR menyasarkan untuk mengendalikan antara 22 ke 25 pusat servis rasmi, menjadikannya jenama teknologi dengan lokasi rangkaian pusat servis terbesar di Malaysia.

 

Tawaran Eksklusif Pembukaan Kedai di Suria KLCC 

Sempena pembukaan ini, 100 pengunjung terawal ke HONOR Experience Store di Suria KLCC telah diberi hadiah edisi terhad serta diskaun istimewa. Pengunjung juga menyertai aktiviti menarik di Zon Pengalaman Produk, menerokai produk-produk HONOR seperti HONOR Magic7 Pro dan telefon boleh lipat.

 

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi www.honor.com/my/.



- Advertisement -

Comments are closed.