HONOR secara rasmi mengumumkan pelancaran telefon pintar lipat flagship paling inovatif iaitu HONOR Magic V5 di Malaysia pada 15 Julai 2025. HONOR Magic V5 mula menjadi bualan hangat orang ramai sejak pendedahan awalnya minggu lalu. Tidak hairanlah ia menjadi sebutan hangat kerana HONOR Magic V5 berjaya menetapkan penanda aras baharu sebagai telefon lipat paling nipis di dunia, hanya setebal 8.8mm. Tanpa menjejaskan kuasa, kamera atau ketahanan, peranti ini mengatasi kejayaan model terdahulu, HONOR Magic V3.
Ketebalan HONOR Magic V5 boleh diumpamakan seperti syiling 50 sen atau hanya setebal tiga kad bank, menjadikan ia amat mudah disimpan dan selesa untuk dipegang. Berbeza dengan telefon lipat lain yang terasa besar dan janggal dalam kocek atau beg, HONOR Magic V5 terasa ringan dan cukup kompak untuk dibawa dalam beg kecil atau digenggam sepanjang hari dengan selesa.
Tiada Kompromi pada Bateri: Kuasa dan Prestasi Tahan Lama
HONOR Magic V5 menawarkan kapasiti bateri yang lebih besar dan lebih baik berbanding pesaing mereka. Walaupun bersaiz kompak, HONOR Magic V5 hadir dengan bateri berteknologi tinggi HONOR berkapasiti 5820mAh yang tertinggi dalam industri. Bateri canggih ini sangat nipis dan ketebalannya boleh dibandingkan dengan kenipisan kad perniagaan. Ia mampu membekalkan tenaga mencukupi untuk penggunaan seharian yang intensif.
Tambahan pula, dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 66W HONOR SuperCharge, pengguna boleh mengecas penuh peranti hanya dalam 40 minit. HONOR Magic V5 turut menyokong pengecasan tanpa wayar 50W untuk lebih fleksibiliti. Dikuasakan oleh cip mekanisme jimat tenaga HONOR E2, peranti ini memberikan jangka hayat bateri lebih lama. Sama ada menonton video, bermain permainan bergerak bergrafik tinggi atau melakukan pelbagi tugasan serentak, HONOR menjamin prestasi tanpa halangan untuk kegunaan sepanjang hari.
Tiada Kompromi pada Kamera: Kamera Lebih Berkuasa dan Ciri-ciri AI Imaging Baharu
Untuk pengimejan, HONOR Magic V5 dilengkapi kamera yang jauh lebih berkuasa berbanding generasi sebelumnya, termasuk pesaing. Peranti ini dilengkapi kamera telephoto periskop 64MP dengan keupayaan zum digital sehingga 100X, menjadikannya tele-lensa yang terbaik dalam pasaran telefon lipat. Telefon boleh lipat ini juga didatangkan dengan peralatan AI Imaging yang baharu seperti AI Super Zoom and AI Enhanced Portrait.
HONOR Magic V5 membawakan keupayaan zum lebih hebat dengan AI Super Zoom, membolehkan zum sehingga 100x sambil mengekalkan kejelasan gambar yang mengagumkan, walaupun dari jarak jauh. Sama ada menangkap keperincian di puncak Menara Berkembar KLCC atau mercu tanda lain yang jauh, zum yang dikuasakan AI ini menjadikan setiap gambar terhasil dengan butiran tajam dan jelas. Bagi penggemar fotografi, ciri AI Enhanced Portrait pula membolehkan penghasilan potret dekat berkualiti studio dengan pelbagai jarak fokus, membolehkan AI pantas menganalisis dan mengoptimumkan latar belakang kabur secara automatic, sesuai untuk merakamkan gambar keluarga atau rakan-rakan secara mudah dan profesional.
Tambahan pula, HONOR Magic V5 didatangkan dengan peralatan AI Editing seperti AI Cutout, AI Eraser, AI Outpainting dan AI Upscale untuk memenuhi keperluan sentuhan akhir yang lebih profesional dan bergaya.
Tiada Kompromi pada Ketahanan: Nipis Tapi Kuat
HONOR Magic V5 membuktikan bahawa rekaan nipis juga kukuh. Peranti ini memiliki skrin dalaman terkuat dalam industri, yang dikukuhkan dengan teknologi bendalir bukan Newtonian bagi memberikan perlindungan penuh dan halangan lebih baik terhadap hentakan pada permukaan yang keras. Inovasi ini memastikan ketahanan yang dipertingkatkan, melindungi peranti ini daripada kesan penggunaan seharian. Malah, peranti ini juga dilengkapi sistem Pengesanan Objek Asing yang dikuasakan oleh AI yang akan memaklumkan pengguna apabila ia mengesan zarah sekecil 0.8mm, seperti pasir, masuk ke dalam skrin.
Bagi skrin luar, paparannya diperbuat daripada Perlindungan NanoCrystal Anti-Calar HONOR, menawarkan perlindungan kalis calar dan jatuhan yang lebih hebat. Bahagian belakangnya pula menggunakan gentian karbon Aerospace Special Fiber, dengan ketahanan hentakan sehingga 40 kali lebih kuat. Dengan adanya kedua-dua ciri ini, ini bermakna peranti boleh lipat ini dilindungi calar daripada kunci, syiling atau objek tajam dengan mudah.

Kebanyakan pengguna peranti lipat bimbang akan soal ketahanan engsel pada peranti mereka. Oleh yang demikian, HONOR Magic V5 telah membuat peningkatan yang ketara bagi memastikan engselnya boleh bertahan sungguhpun diguna setiap hari. Engsel HONOR Super Steel Hinge yang hebat ini mampu menahan berat sehingga 35kg tanpa mudah membengkok. Ini ditunjukkan semasa demonstrasi acara prapelancaran media apabila pemberat tangan 35kg digantung pada peranti ini. Bagi pengguna dari kalangan profesional atau pengguna tegar telefon pintar, mereka tidak perlu risau kerana HONOR Magic V5 dibina untuk mampu bertahan sehingga 500,000 kali lipatan, iaitu bersamaan 100 lipatan sehari selama 13 tahun.
Lebih hebat lagi, HONOR Magic V5 menampilkan penarafan IP58 dan IP59 yang memberikan perlindungan menyeluruh terhadap percikan air dan habuk terhadap pengunaan harian. Ini mengelakkan isu seperti masalah‘garis hijau’ pada skrin, memastikan telefon lipat ini sentiasa dalam keadaan yang optimum.
Tonton Pelancaran Rasmi HONOR Magic V5 pada 15 Julai Ini!
Malaysia bakal menyaksikan satu lagi revolusi dalam dunia peranti lipat dengan kehadiran HONOR Magic V5. Tandakan kalendar anda dan bersedia untuk pelancaran penuh, di mana anda akan menerokai spesifikasi penuh, harga dan hadiah percuma eksklusif waktu terhad. Penstriman langsung ini boleh ditonton melalui laman Facebook rasmi HONOR Malaysia pada 15 Julai 2025, jam 2 petang.
Untuk perkembangan terkini mengenai HONOR Magic V5, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi www.honor.com/my/.
- Advertisement -
Comments are closed.