Ultimate magazine theme for WordPress.

“Dual Champion” dalam Kamera dan Prestasi: Siri vivo X300 dengan Telefoto ZEISS 200MP dan OriginOS 6 Menetapkan Semula Standard Flagship

vivo Malaysia hari ini dalam sesi teknikal khas BlueTalk bersama media telah memperkenalkan inovasi utama di sebalik siri flagship terbaru mereka — vivo X300 Series. Melalui sesi ini, pasukan kejuruteraan vivo menunjukkan bagaimana gabungan sistem kamera profesional dan sistem operasi baharu OriginOS 6 menetapkan standard baru untuk pengalaman flagship sebenar.

 

Revolusi Gambar yang Serius – Master dalam Dunia Kamera

 

vivo X300 Series hadir dengan sistem kamera yang tak pernah dibuat oleh jenama lain — lensa ZEISS 200MP APO Super Telephoto, direka khas untuk memberikan hasil gambar yang tajam, jelas dan bebas daripada chromatic aberration. Lensa ini dibina menggunakan elemen kaca gred fluorite, bersama struktur floating periscope yang memastikan hasil gambar kekal stabil dan berkualiti tinggi walaupun ketika zoom jauh.

vivo turut bekerjasama dengan Samsung untuk menghasilkan sensor Blueprint HPB 200MP yang mampu memberikan 4x lossless optical zoom tanpa menjejaskan kualiti gambar langsung. Dengan erti lain — zoom empat kali tanpa pixel pecah.

 

“Siri vivo X300 adalah pencapaian terbesar kami dalam dunia fotografi mudah alih,” kata Keshav Chugh, Senior Product Manager of Image Effects di vivo Global. “Kolaborasi bersama ZEISS melahirkan sistem telefoto profesional 200MP yang mampu tangkap butiran paling halus dari jarak jauh, sambil mengekalkan keaslian warna dan kejelasan.”

Selain itu, sistem kamera X300 juga dilengkapi dengan penstabilan tahap CIPA 5.5, diinspirasikan daripada sistem gimbal, serta enjin khas Blueprint Extreme Tracking untuk pastikan fokus kekal tajam walaupun subjek sedang bergerak pantas. Dua enjin AI vivo — NICE 3.0 dan MAGIC 2.0 — bekerjasama untuk memproses imej lebih tepat, menambah tekstur dan meningkatkan realisme pada setiap tangkapan.

 

Kuasa di Sebalik Sistem – OriginOS 6 Kini Lebih Laju dan Licin

 

 

Selain kamera, siri X300 turut memperkenalkan OriginOS 6 — sistem operasi baharu dengan peningkatan besar dari segi prestasi dan kelancaran. OS ini direka untuk memastikan pengalaman penggunaan yang licin, stabil dan mesra pengguna dalam semua situasi — dari multitasking hingga rakaman video panjang.

Antara fungsi menarik ialah Dual-View Stage Recording, membolehkan pengguna rakam dua perspektif serentak — kamera depan dan belakang — tanpa gangguan prestasi. Gabungan ini menjadikan X300 seolah-olah “studio mini” dalam poket.

Yvonne, Product Manager OS vivo, menjelaskan:

“OriginOS 6 dibangunkan dari bawah untuk beri pengalaman sebenar yang konsisten dan mudah. Gabungan antara sistem kamera dan perisian pintar kami memastikan setiap fungsi — sama ada rakaman, gaming atau kerja — beroperasi pada tahap optimum.”

OS ini juga menerima pensijilan SGS 5-Year Smoothness, bermaksud kelancaran prestasi akan kekal stabil untuk jangka panjang. Selain itu, OriginOS 6 menampilkan fungsi baru seperti:

  • Flip Cards – untuk akses cepat info dan tugasan harian

  • Origin Island – notifikasi interaktif tanpa perlu tukar aplikasi

  • vivo Office Kit – untuk kerja rentas platform antara telefon dan PC, lengkap dengan instant sync dan integrasi komunikasi

Kesimpulan

 

Dengan gabungan kuasa kamera ZEISS 200MP dan prestasi lancar dari OriginOS 6, vivo X300 Series bukan sekadar telefon flagship — ia lambang bagaimana inovasi hardware dan software boleh bergabung jadi satu pengalaman premium yang sebenar.

- Advertisement -

Comments are closed.