Ultimate magazine theme for WordPress.

Memang Comel! HONOR 600 Pro MOLLY Limited Edition Bakal Tiba di Malaysia 19 June Ini!

Peminat tegar POP MART dan pengumpul barangan tegar MOLLY, sila ambil perhatian! Selepas melancarkan siri HONOR 600 bulan lepas, HONOR Malaysia kini membawa kejutan besar yang pastinya membuatkan peminat tegar karakter ikonik tersebut tidak senang duduk.

HONOR Malaysia secara rasmi telah mengumumkan ketibaan HONOR 600 Pro MOLLY Limited Edition ke pasaran tempatan! Kolaborasi eksklusif bersama POP MART ini dibawakan khas bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 karakter MOLLY.

Bagi anda yang meminati dunia art toy, jom kita tengok apa yang menarik sangat tentang edisi terhad ini.

Sentuhan Estetik MOLLY Luar dan Dalam!

HONOR 600 Pro MOLLY Limited Edition ini bukan sekadar telefon pintar flagship biasa dengan kotak yang berbeza. Sebaliknya, ia dipenuhi dengan elemen estetik bertemakan MOLLY yang sangat teliti dari luaran sehinggalah ke dalam perisian:

  • Panel Belakang Ukiran Laser: Bahagian belakang telefon ini hadir dengan reka bentuk khas yang diukir menggunakan laser yang memaparkan karakter MOLLY.

  • Antaramuka (UX) Interaktif: Pengalaman pengguna yang diubah suai sepenuhnya dengan tema MOLLY.

  • Animasi Pengecasan Unik: Paparan animasi watak-watak berbeza akan muncul setiap kali anda mengecas peranti.

  • 20 Watermark Foto Tersuai: Anda boleh mengabadikan gambar kreatif anda dengan pilihan sehingga 20 jenis watermark foto MOLLY yang comel.

Dari segi spesifikasi, peranti ini dilengkapi dengan RAM 12GB dan storan dalaman 512GB. Ia turut membawakan fungsi mercu seperti AI Image to Video 2.0, serta keupayaan kamera, bateri, dan paparan yang berkuasa.

Kotak Hadiah Eksklusif & Rebat RM200

Bukan itu sahaja, setiap pembelian HONOR 600 Pro MOLLY Limited Edition akan didatangkan dalam sebuah kotak hadiah (Gift Box) bertemakan MOLLY yang sangat eksklusif dan dipenuhi dengan barangan koleksi premium, antaranya:

  • Lanyard telefon edisi khas & beg telefon bimbit tersuai.

  • Pin slot SIM tersuai & sampul surat khas.

  • Sticker filem & kad lutsinar color-window.

Harga & Promosi: Peranti edisi terhad ini dijual pada harga RM3,999. Berita baiknya, pelanggan terawal akan menikmati rebat eksklusif sebanyak RM200 untuk pembelian mereka!

Tarikh Jualan & Ketersediaan

HONOR 600 Pro MOLLY Limited Edition akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 19 Jun 2026. Anda boleh mendapatkannya di kedai terpilih HONOR Experience Stores serta secara dalam talian di laman rasmi HONOR.COM.

Ingat ya, memandangkan ini adalah versi Limited Edition, stok adalah sangat terhad! Jadi, pastikan anda tanda kalendar siap-siap supaya tidak terlepas peluang keemasan ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi HONOR di https://bit.ly/H600proMollyEdition.

- Advertisement -

Comments are closed.