Ultimate magazine theme for WordPress.

Meriah! Samsung Raikan Pelancaran Galaxy Z Fold8 & Flip8 kat KL – Pre-Order Kini Dibuka Bersama Promo Hingga RM1,950!

Samsung Malaysia baru sahaja menganjurkan acara Galaxy Unpacked Live Viewing Party yang cukup meriah kat Smith & Wollensky, Kuala Lumpur!

Bukan sekadar tontonan siaran langsung pelancaran global, malah tetamu yang hadir dapat ‘touch and feel’ sendiri barisan peranti boleh lipat dan wearables terbaru Samsung iaitu Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8, Galaxy Z Flip8, Galaxy Watch Ultra2, dan Galaxy Watch9. Kemuncak malam tu makin gempak bila Samsung buat gimik paparan visual gergasi Galaxy Z Fold8 terus kat skrin Menara LGM!

Kempen “Let Your Fold Do the Talking” & Kolaborasi Ayam Gepuk Unik!

 

Kat acara ni, Samsung sediakan zon pengalaman khas mengikut 3 personaliti:

  • The Bold Luxe – Khas untuk pengguna Galaxy Z Fold8 Ultra yang nak gaya mewah dan prestasi paling padu.

  • The Power Player – Untuk korang yang suka buat pelbagai tugasan (multitasking) dengan Galaxy Z Fold8.

  • The Social Curator – Khas untuk pencipta kandungan (content creator) dan pembentuk trend dengan Galaxy Z Flip8.

Paling menarik dan unik malam tu, Samsung bekerjasama dengan pencipta kandungan makanan popular, Mingchuun! Tetamu yang hadir jadi orang pertama dapat rasa menu daripada restoran barunya, Gepuklah, dengan persembahan hidangan ayam gepuk yang diinspirasikan daripada reka bentuk nipis Galaxy Z Fold8. Memang lain daripada yang lain!

Pakej & Promosi Pre-Order Malaysia (22 Julai – 13 Ogos 2026)

Untuk korang yang dah lama ushar peranti boleh lipat atau jam pintar baharu ni, tempahan pra-pesan (pre-order) kini rasmi dibuka di Malaysia!

📱 Promosi Siri Galaxy Z (Fold8 Ultra / Fold8 / Flip8)

Korang boleh nikmati pakej ganjaran pelancaran eksklusif bernilai sehingga RM1,950, merangkumi:

  • Rebat eksklusif sehingga RM800

  • Rebat bank serta-merta RM500 (bila bayar guna kad bank terpilih)

  • Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM400

  • Baucar Samsung Reservation+ bernilai RM250

⌚ Promosi Siri Galaxy Watch (Watch Ultra2 & Watch9)

Bagi yang nak dapatkan jam pintar baharu:

  • Hadiah percuma Premium Adventure Pack khas untuk pembeli Galaxy Watch Ultra2.

  • Rebat dan tawaran penjimatan bernilai sehingga RM1,056.

  • Langganan percuma Strava selama 2 bulan.

Link Rasmi Pre-Order Samsung Malaysia:

Kalau korang tak nak terlepas promo pelancaran ni, boleh terus klik pautan rasmi di bawah untuk buat tempahan:

- Advertisement -

Comments are closed.