HONOR 600 Series Dah Mula Jual Hari Ni! Beratur Panjang Dekat Kedai, Ada Rebate RM200 & Free Gift Berbaloi
Kecoh betul pagi tadi dekat HONOR Experience Store seluruh negara! Secara rasminya, HONOR 600 Series dah mula dijual hari ni, 30 April 2026, dan sambutan yang diterima memang luar biasa sampaikan ramai yang sanggup beratur panjang untuk jadi yang terawal dapatkan flagship terbaru ni.
Sebelum ni masa fasa pre-order 23 April lepas pun, jualan siri ni dah pecah rekod dengan peningkatan sebanyak 153% kalau nak dibandingkan dengan model sebelum ni. Memang nampak gaya rakyat Malaysia cukup yakin dengan apa yang HONOR tawarkan kali ni.

Apa Yang Menarik Sangat?
HONOR 600 Series kali ni dipasarkan sebagai ‘Accessible Flagship’—maksudnya korang dapat spesifikasi tinggi tapi pada harga yang masih masuk akal. Antara killer features yang jadi sebutan:
- Kamera 200MP: Guna Super Sensing Main Camera dengan penstabilan imej tahap CIPA 6.5. Nak zoom sampai 120x pun imej masih nampak jelas dan profesional.
- AI Image-to-Video 2.0: Korang boleh tukar gambar statik jadi video sinematik secara terus dalam telefon tanpa perlukan app pihak ketiga. Ada fungsi macam impossible hugs dan eternal memories untuk korang berkarya.
- Bateri Gergasi 7,000mAh: Antara yang terbesar dalam segmennya, guna teknologi silicon-carbon untuk ketahanan padu.
- Skrin Super Terang: Paparan 8,000-nit yang memang tak ada masalah nak nampak walaupun bawah matahari terik. Untuk jaga mata, ada 3840Hz Risk-free PWM Dimming.
- Tahan Lasak: Ada rating IP69K untuk perlindungan air dan debu yang lebih tinggi.
Harga & Varian Warna

Siri ni datang dengan tiga pilihan warna yang nampak mewah: Orange, Golden White, dan Black.
Untuk prestasi, model Pro dikuasakan oleh Snapdragon 8 Elite, manakala model standard menggunakan Snapdragon 7 Gen 4.

Free Gift Berbaloi Hingga RM1,326!
Kalau korang beli sekarang, korang bukan setakat dapat telefon baru, tapi ada sekali bundle hadiah percuma yang sangat menarik:
- Rebate Segera RM200 (Dah jimat kat situ).
- HONOR Watch X5i secara percuma.
- Comprehensive Protection Plan: Termasuk 365 hari servis tukar skrin depan & belakang, 1 tahun tambahan jaminan (warranty), dan 1 tahun perlindungan kerosakan air.
Korang boleh dapatkan HONOR 600 Series ni dekat mana-mana HONOR Experience Store, kedai atas talian rasmi HONOR, atau di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.
Info lanjut, boleh terus layari www.honor.com/my/.
- Advertisement -
Comments are closed.