Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR Jenama Pertama di Malaysia Sokong Ketersambungan Silang OS Sepenuhnya

Pada awal tahun ini, HONOR telah memperkenalkan HONOR Connect semasa pelancaran HONOR ALPHA PLAN, yang juga mempersembahkan teknologi perkongsian fail merentas ekosistem yang pertama di dunia. Solusi inovatif ini membolehkan pemindahan fail dan media dilakukan dengan lancar antara peranti Android, iOS dan Windows. Ianya melepasi halangan platform bagi menawarkan pengalaman pengguna yang lancar, sekali gus meningkatkan produktiviti dan kreativiti.

 

Berbeza dengan solusi rentas sistem operasi sedia ada yang hanya menyokong pemindahan fail antara telefon pintar Android dan iOS, HONOR Connect melangkah lebih jauh dengan menghubungkan telefon pintar, tablet dan komputer riba dalam satu ekosistem yang intuitif. Ini merupakan satu pencapaian penting dalam kesambungan rentas sistem operasi, memberikan integrasi yang lancar kepada pengguna merentasi hampir semua peranti mereka. 

 

Hari ini, HONOR dengan bangganya mengumumkan integrasi HONOR Connect ke dalam barisan telefon pintar terbaharu Siri HONOR 400, komputer riba HONOR MagicBook Pro 14, dan tablet HONOR Pad 10. Sebagai jenama pertama di Malaysia yang melancarkan Ketersambungan Silang OS secara menyeluruh, HONOR menetapkan penanda aras baharu bertujuan memperkasakan pengguna untuk berkongsi fail tanpa halangan antara Android, iOS dan Windows.

HONOR Connect: Pemindahan Pantas untuk Semua Peranti

HONOR Connect menawarkan kelajuan pemindahan ultra-pantas, sehingga 85 Mbps untuk peranti iOS dan 40 Mbps bagi peranti Android. Ia direka untuk menguruskan pemindahan dengan pantas dan stabil, sama ada menghantar fail, gambar atau video ke satu atau beberapa peranti secara serentak. Malah, sistem ini menyokong pemindahan rentas platform antara telefon pintar dan komputer, termasuk sistem iOS dan Windows. Pengguna kini boleh mengakses fail kerja, bahan kreatif atau kenangan peribadi daripada mana-mana peranti tanpa perlu risau tentang isu keserasian atau sekatan.

HONOR MagicBook Pro 14: Kesambungan Rentas OS Secara Menyeluruh

Antara pelaksanaan paling menarik untuk HONOR Connect adalah dalam komputer riba flagship terbaru HONOR iaitu HONOR MagicBook Pro 14. Dengan integrasi Ketersambungan Silang OS secara terus ke dalam antaramuka, HONOR MagicBook Pro 14 membolehkan pengguna memindahkan dokumen, media atau slaid pembentangan antara komputer riba ini dan iPhone hanya dengan beberapa klik mudah.

 

Sebagai contoh, seorang pereka grafik boleh menyunting draf kempen menggunakan HONOR MagicBook Pro 14 dan menghantarnya terus kepada rakan sekerja yang menggunakan iPhone. Begitu juga sebaliknya, imej beresolusi tinggi daripada iPhone boleh dihantar terus ke HONOR MagicBook Pro 14 tanpa perlu menggunakan kabel atau perkhidmatan awan pihak ketiga. Inilah ekosistem yang mesra pengguna, direka untuk kolaborasi lebih lancar.

 

Bagi pengguna di luar ekosistem HONOR, mereka juga boleh alami sendiri dengan memuat turun aplikasi HONOR Connect di App Store. Keserasian sejagat ini menjadikan MagicBook Pro 14 satu alternatif yang berkuasa dan mampu milik berbanding MacBook, dengan prestasi dan keupayaan mobility lebih baik.

 

HONOR Pad 10: Perkongsian Pintar

Integrasi HONOR Connect turut diperkenalkan ke dalam HONOR Pad 10 membolehkan pengguna menikmati pengalaman lancar yang sama. Sebagai contoh, seorang pelajar boleh menghantar dan menerima fail PDF, slaid, nota, dan video daripada dan ke mana-mana peranti, termasuk iPhone. Kesambungan ini membolehkan maklumat dan tugasan dilakukan dengan cepat, mudah, dan memastikan semua rakan sekelas kekal selari, sekaligus menjadikan HONOR Pad 10 sahabat setia pelajar untuk belajar dengan cara yang lebih pintar.

HONOR 400 Series: Kesambungan Yang Kreatif

Siri HONOR 400 kini hangat di pasaran dengan teknologi pengimejan AI generasi baharu Next-gen AI Imaging dan diperhebatkan lagi dengan HONOR Connect. Dengan keperluan berkongsi fail setiap hari, pengguna kini boleh menghantar, menerima fail, imej serta video antara peranti Android dan iOS dengan mudah.

 

Pengguna boleh menerima gambar daripada iPhone milik rakan dan menyuntingnya menjadi lebih menarik dengan ciri-ciri fotografi AI hebat seperti AI Image to Video, AI Eraser 2.0 dan AI Cutout. Kemudian, pengguna boleh berkongsi gambar yang disunting tersebut kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna boleh menggunakan Siri HONOR 400 untuk mencipta kolaj Moving Photo Collage daripada beberapa gambar Live Photo. Ciri tersebut terbaik untuk berkongsi suasana atau menyampaikan cerita seperti menunjukkan kemeriahan sambutan hari jadi atau majlis perpisahan. Kolaj ini boleh dihantar kepada rakan-rakan yang menggunakan iPhone atau Android. 

 

Ingin membuat suntingan yang lebih banyak? Gambar atau video juga boleh disunting di peranti Windows atau iOS seperti iPad tanpa sebarang masalah. Sama ada merakam suasana perayaan, parti atau percutian, pengguna boleh menyunting momen-momen tersebut dengan alat AI yang berkuasa kepada karya kreatif dan berkongsi dengan rakan-rakan atau ahli keluarga tanpa mengira jenis peranti yang mereka guna. 

 

HONOR Connect Satu Ekosistem Untuk Semua

Dengan HONOR Connect, sempadan antara telefon pintar, tablet dan komputer riba merentasi perisian Android, iOS mahupun Windows, kini dirapatkan. Pengguna bebas memadankan pelbagai peranti daripada jenama berlainan, bebas daripada kekangan ekosistem tertutup. Ia selamat, pantas dan disepadukan dengan sempurna, menetapkan standard baru dalam kesambungan mesra pengguna. Dengan fokus berterusan HONOR terhadap pengalaman pengguna dan inovasi, ekosistemnya kini terbuka, menyediakan lebih banyak cara untuk menikmati dunia HONOR.

 

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/.



- Advertisement -

Comments are closed.