Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR Magic V5 Atasi Pesaing, Catat Rekod Baharu Sebagai Telefon Boleh Lipat Ternipis; Sah Akan Datang Malaysia

Selepas mencetuskan keterujaan di media sosial dengan pratonton awal HONOR Magic V5, jenama teknologi global HONOR hari ini secara rasmi mengumumkan peranti terbaru itu berjaya mencatat rekod sebagai telefon boleh lipat flagship paling nipis di dunia, dengan hanya 8.8mm ketebalan apabila dilipat. Pencapaian ini mengatasi model terdahulu, HONOR Magic V3 yang berukuran 9.2mm. Meskipun lebih nipis, HONOR Magic V5 tetap mengekalkan prestasi unggul tanpa menjejaskan perkakasan, kuasa mahupun keupayaan keseluruhannya.

 

HONOR Magic V5 Sah Akan Dilancarkan di Malaysia!

Dengan sambutan hangat terhadap peranti ini di dalam talian, HONOR teruja mengesahkan HONOR Magic V5 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Rakyat Malaysia kini boleh bersedia untuk memiliki telefon boleh lipat ultra nipis ini. HONOR Magic V5 pasti menarik minat golongan yang mencari telefon pintar yang mengabungkan reka bentuk anggun dengan keupayaan multitugas. 

 

Kenipisan telefon boleh lipat ini sememangnya mengagumkan dengan ketebalan setanding syiling 50 sen atau jenama biskut tempatan. Profil ultra nipis ini membolehkan HONOR Magic V5 selesa dipegang dan mudah diselitkan dalam poket, beg tangan mahupun pouch tanpa menambahkan ketebalan seperti kebanyakan peranti boleh lipat lain. Di sebalik reka bentuk yang elegan, HONOR Magic V5 turut dilengkapi dengan pelbagai penambahbaikan untuk pengalaman multitugas yang lebih lancar dan kecekapan kerja yang dipertingkatkan, memberikan pengalaman seperti menggunakan telefon bar biasa, namun menawarkan semua kelebihan teknologi boleh lipat yang terkini.

 

Daftar Sebagai HONOR Magic V5 Beta Experiencer Sekarang!

Pada masa sama, HONOR mempelawa penggemar teknologi untuk menjadi antara yang pertama di negara ini mencuba dan menilai HONOR Magic V5. Dengan mendaftar sebagai peserta, mereka akan mendapat peluang unik untuk membuat penilaian proses pembangunan peranti ini secara langsung. Pendaftaran untuk program HONOR Magic V5 Beta Experiencer dibuka mulai hari ini melalui laman sesawang HONOR Malaysia. Peserta yang disenarai pendek dan menepati kriteria akan dihubungi oleh kakitangan HONOR. 

 

Nantikan pengumuman tarikh rasmi pelancaran HONOR Magic V5 di Malaysia tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai HONOR Magic V5, ikuti laman rasmi Facebook dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/ 

 

Pendaftaran untuk Program HONOR Magic V5 Beta Experiencer: https://www.honor.com/my/shop/new-product-beta/ 



- Advertisement -

Comments are closed.