Korang ingat lagi tak gimik viral telefon lipat tarik kapal terbang dengan kereta Ferrari hari tu? Ya, peranti perkasa yang tengah hot diperkatakan itu adalah HONOR Magic V6! Selepas membuatkan ramai peminat gajet teruja dengan ujian ketahanan ekstremnya, HONOR Malaysia secara rasmi mengumumkan bahawa flagship lipat generasi baharu ini kini sedia untuk ditempah menerusi kempen Early Bird.
Bermula 26 Mei sehingga 3 Jun 2026, korang dah boleh cop unit korang awal-awal sebelum pelancaran rasminya pada 4 Jun nanti.
Cuma Bayar Deposit RM300, Dapat Hadiah Bernilai Lebih RM4,200!
HONOR betul-betul nak belanja besar untuk peminat setia mereka kali ni. Dengan hanya meletakkan wang cagaran/deposit sebanyak RM300, korang bakal bawa pulang pakej ganjaran yang sangat berbaloi:
-
HONOR Magic Pen eksklusif bernilai RM499.
-
Premium Mystery Gifts (Hadiah Misteri Premium) yang bernilai sehingga RM3,797!
Jika korang dah lama ushar nak tukar ke peranti foldable, ini masanya untuk buat tempahan awal di Laman Web Rasmi HONOR Malaysia.
Telefon Lipat Paling ‘Kental’ Setakat Ini?
Bukan kaleng-kaleng specs ketahanan HONOR Magic V6 ni. Jom tengok kenapa peranti ni digelar ultra-tahan lasak:
-
Engsel Super Steel: Dibina dengan kekuatan tegangan mencecah 2,800 MPa. Sampaikan boleh tarik jet seberat 1.25 tan dan kereta Ferrari tanpa sebarang kerosakan pada peranti!
-
HONOR Magic Diamond Screen: Kedua-dua skrin luaran dan dalaman direka khas untuk tahan calar dan impak harian.
-
Perlindungan Skrin Padu: Skrin luar dilapisi HONOR Anti-scratch NanoCrystal Shield (teknologi salutan silikon nitrida 5,600 lapisan) , manakala skrin dalaman menggunakan lapisan Ultra-Tough Glass (UTG) yang dinaik taraf.
-
Sijil Kalis Air & Debu Berganda: Ini paling padu, ia merupakan telefon lipat pertama di dunia yang menerima penarafan IP68 dan IP69 serentak! Ia boleh bertahan walaupun ditenggelamkan dalam air sedalam 1.5 meter.
Jangan Lepas Peluang Tonton Pelancaran Rasmi
HONOR Magic V6 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 4 Jun 2026. Korang boleh tonton majlis pelancaran ini secara langsung menerusi livestream di Facebook Rasmi HONOR Malaysia pada jam 7:00 Malam.
Untuk maklumat lanjut mengenai peranti gempak ini, korang boleh terus layari www.honor.com/my/.
Jadi gajet mania sekalian, adakah HONOR Magic V6 ini bakal jadi telefon lipat impian korang tahun ni? Jangan lupa tinggalkan komen korang di bawah!
- Advertisement -
Comments are closed.