Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR MAGIC6 PRO VS HUAWEI PURA 70 SERIES : LEBIH BANYAK SAMA BERBANDING BEZA

0

Seperti semua maklum, Huawei adalah suatu jenama yang tidak asing lagi.  Suatu masa dahulu, ia pernah memegang pasaran menewaskan banyak jenama jenama besar lain hinggalah mimpi ngeri mereka bermula apabila pihak Amerika Syarikat memutuskan untuk meletakkan sekatan perniagaan antara Syarikat Amerika dan juga Huawei. Ini lantas mengubah segalanya hingga lah kini.

Walau begitu, Huawei kekal cekal dan terus menerus mencipta produk produk baharu bagi kekal relevan dan kuat dalam industri ini, dan acapkali kita menyaksikan pelbagai innovasi terkini yang menarik yang berjaya Huawei bawakan pada kita semua.

Terkini, mereka telah melancarkan siri peranti mercu terkini mereka iaitu siri Huawei Pura 70, dan ianya sungguh menarik dah lain dari lain. Tetapi, dengan kekangan akibat sekatan Amerika Syarikat tersebut, terutamanya dengan ketiadaan sokongan GMS dan juga 5G, ramai yang mengatakan, Honor adalah alternatif terkini yang paling hampir bagi peminat Huawei melepaskan rindu pada jenama yang berkualiti tersebut.

Dengan perlancaran warna baharu Honor Magic6 Pro Cloud Purple, Jom kita lihat adakah benar Honor adalah alternatif terbaik bagi pengguna Huawei sekalian. Jom

 

Honor Ai Motion sensing vs Huawei Snapshot

 

(Honor Ai Motion Sensing)

(Huawei Snapshot)

 

Dari segi Kamera, Kedua nya hadir dengan spesifikasi terkini yang mampu menghasilkan kualiti imej yang cukup cemerlang. Lihat sahajalah tangga teratas DXOMARK, diunnguli oleh Honor dan kemudiannya Huawei, dan begitulah saban tahun. Tetapi sesuatu yang menarik yang boleh dikatakan menjadi persamaan untuk kali ni adalah kemampuan untuk mengambil gambar subjek bergerak laju yang mula diperkenalkan oleh Honor sejak siri Honor Magic5 Pro lagi, dan kini ianya diikuti oleh siri Huawei Pura 70 kali ni.

(imej Honor Ai Motion Sensing vs Huawei Snapshot)

(imej Honor Ai Motion Sensing vs Huawei Snapshot)

(imej Honor Ai Motion Sensing vs Huawei Snapshot)

 

Dan macam kita boleh lihat, kedua dua nya mampu untuk mengambil gambar subjek bergerak pantas dengan baik sekali. Subjek berjaya di pegunkan dengan baik sekali dengan hanya menekan shutter button pada peranti peranti ini.

 

Honor Nanocrystal Shield vs Huawei Kunlun Glass 2.0

 

(Honor Nanocrystal shield vs Huawei Kunlun Glass 2.0)

Keduanya hadir dengan spesifikasi paparan yang tiada tolok banding nya. Tetapi yang membezakan keduanya dengan pesaing lain dalam pasaran adalah, keduanya hadir dengan teknologi paparan lasak yang terbaik dalam kelas nya. Huawei sejak Huawei Mate 50 Pro telah memperkenalkan Kunlun glass mereka, manakalah Honor kali ni memperkenalkan Nanocrystal Shield teknologi nya yang masing masing berkali ganda lebih tahan lasak berbanding pesaing lain dalam pasaran.

Tetapi Honor Magic6 Pro mengambil langkah tambahan dengan menawarkan paparan tercerah dalam industri pada kadar 5000nits beserta dengan beberapa certifikasi penjagaan mata yang tiada pada pesaing lain ketika ini.

(certifikasi penjagaan mata pada Honor Magic6 Pro)

 

Snapdragon 8 Gen 3 vs Kirin 9010

 

(Snapdragon 8 gen 3 Vs Kirin 9010)

Kedua dua nya hadir dengan spesifikasi peranti mercu dimana Honor Magic6 Pro hadir dengan Snapdragon 8 gen 3 manakalah Huawei Pura 70 pro hadir dengan Kirin 9010. Keduanya mampu untuk menjalankan tugasan seharian dengan sangat baik dan cemerlang. Cuma mungkin kaveat pada peranti Huawei adalah, ia tiada sokongan 5G buat ketika ini akibat sekatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat tersebut.

(GMS vs AppGallery)

Dari segi perisian, Honor Magic6 pro menyokong GMS atau Playstore secara native manakala Huawei sejak beberapa tahun lepas berpaksikan pada Huawei AppGallery secara sepenuh nya. Huawei juga telah memperkenalkan beberapa cara untuk pengguna memuatturun applikasi applikasi yang tidak tersedia didalam AppGallery sekiranya perlu.

 

(Bateri dan pengecasan Honor Magic6 pro vs Huawei Pura 70 pro)

Dari segi Bateri, Honor Magic6 Pro hadir dengan 5600 Mah, berbanding 5050 mah pada Huawei Pura 70 Pro. Tetapi pengecasan Huawei pula adalah lebih pantas pada 100w berwayar dan 80w nirwayar berbanding 80w berwayar dan 66w nirwayar. Walaubagaimanapun, kedua dua masih antara yang terbaik berbanding pesaing lain bagi ketahana bateri dan juga kadar pengecasan pantas nya.

 

(IP68 pada Honor Magic6 pro dan Huawei Pura 70 Pro)

kedua dua nya hadir dengan rekabentuk dan binaan yang cukup premium, keduanya juga hadir dengan kekalisan air IP68 yang sama, pada pendapat kami , sebenarnya memang lebih banyak persamaan berbanding perbezaan antara kedua dua peranti mercu ini.

 

Honor Magic6 Pro – Cloud Purple

(Honor Magic6 Pro Cloud Purple dan Green)

HONOR Magic6 Pro dalam Cloud Purple dikuasakan cipset Snapdragon 8 Gen 3 dengan 12GB RAM dan storan 512GB. Berharga RM4,499, edisi terhad ini akan tersedia mulai 31 Mei 2024. Selain Cloud Purple, HONOR Magic6 Pro turut menawarkan warna Epi Green dan Black bersertakan hadiah percuma.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.