Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR Magic8 Pro Lancar di Malaysia, Tawar Nilai Pengguna Unik Berbeza Daripada iPhone

Syarikat ekosistem peranti AI global HONOR hari ini melancarkan telefon pintar flagship dengan Pengimejan Gred Master yang dinanti-nantikan, HONOR Magic8 Pro di Malaysia. Dengan kamera generasi baharu yang lebih berkuasa, perisian yang dipertingkat, perkakasan dinaik taraf serta ciri AI tercanggih, HONOR Magic8 Pro direka untuk meningkatkan pengalaman penggunaan telefon pintar pengguna. Ditawarkan pada harga bermula daripada RM4,599, ia menawarkan nilai luar biasa, mengekalkan harga yang sama dengan model sebelumnya sambil menawarkan keupayaan yang lebih maju.

 

Pra-tempah sekarang untuk dapatkan Insta360 Ace Pro PERCUMA dan rebat segera RM300!

Pra-tempahan HONOR Magic8 Pro bermula sekarang hingga 4 Disember 2025. Pelanggan yang membuat pra-tempahan dalam tempoh ini akan menerima pakej hadiah eksklusif percuma bernilai RM3,090 termasuk kamera aksi Insta360 Ace Pro. Pakej hadiah tersebut turut disertakan dengan Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun, serta Google AI Pro Higher Access selama 3 bulan secara percuma bernilai RM294.

 

Lebih mengujakan, pelanggan juga akan menikmati rebat segera RM300 apabila membuat bayaran penuh untuk HONOR Magic8 Pro. Oleh yang demikian, pelanggan digesa untuk buat pra-tempahan sekarang untuk menikmati tawaran eksklusif terhad ini. Ia boleh dilakukan melalui HONOR Online Store, HONOR Experience Stores, kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop, serta melalui pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

 

 

Menawarkan 5 Nilai Pengguna Unik Berbeza Daripada iPhone

Siri HONOR Magic direka untuk memberikan nilai pengguna yang tiada tandingan, dan lebih menonjol berbanding iPhone dengan menawarkan penyelesaian dan memenuhi pelbagai keperluan pengguna. HONOR Magic8 Pro serba baharu membawakan manfaat ini ke tahap seterusnya dengan menawarkan lima kelebihan utama: kamera yang luar biasa, jangka hayat bateri lebih lama, kesambungan rangkaian lebih baik, paparan keselesaan mata yang termaju, dan ketahanan yang dipertingkatkan.

 

  1. Fotografi Bertaraf Tinggi – Sistem kamera berkuasa, memberikan tangkapan waktu malam luar biasa

HONOR Magic8 Pro hadir dengan sistem AI telefoto paling maju dalam industri ketika ini. Ia menampilkan Kamera Telefoto Ultra Malam 200MP dengan sensor besar 1/1.4 inci, apertur f/2.6, Penstabilan Imej Optik (OIS) dan zum optikal 3.7x untuk menangkap butiran menakjubkan walaupun pada jarak jauh. Sistem canggih ini meningkatkan keupayaan kemasukan cahaya dengan ketara, memastikan imej yang tajam dan jelas dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Melengkapkan kamera telefoto ini ialah Kamera Utama Ultra Malam 50MP yang dipadankan dengan sensor besar 1/1.3 inci (f/1.6, OIS) dan Kamera Ultra Lebar 50MP (122°, 2.5cm HD macro) yang membuka lebih banyak ruang kreativiti, memberikan ketepatan warna yang hidup, efek potret semula jadi dan imej landskap yang lebih imersif.

 

Buat julung kalinya, HONOR Magic8 Pro memperkenalkan teknologi Telefoto Ultra Malam yang dikuasakan oleh tiga HONOR Image Engine. Night Engine dioptimumkan untuk fotografi cahaya rendah dengan mengekalkan perincian tona warna, visual yang lebih jelas dan mengurangkan risiko terlebih dedah, menjadikannya ideal untuk rakaman waktu biru (blue hour).

 

Stability Engine pula menampilkan penstabilan lima paksi termaju, memastikan gambar kekal stabil walaupun dengan pergerakan kecil atau ketika merakam dalam keadaan bergerak. Dengan penstabilan CIPA 5.5 yang setaraf dengan kamera DSLR, pengguna boleh menangkap subjek jauh atau bergerak dalam keadaan cahaya rendah dengan ketajaman gambar lebih menarik. Portrait Engine pula menaik taraf pengalaman potret dengan memperincikan tekstur kulit, bayang-bayang dan butiran wajah untuk menghasilkan potret yang tampak hidup dengan kualiti premium mirip 3D.

 

Tetapan sistem kamera flagship tercanggih ini membolehkan HONOR Magic8 Pro dipilih sebagai 

Peralatan Fotografi Mudah Alih Pilihan Sempena Kempen Visit Malaysia 2026 untuk merakam keindahan dan keunikan Malaysia.

 

Capai penggredan warna bertaraf profesional dengan Magic Colour

HONOR Magic8 Pro membawa suntingan foto ke tahap seterusnya dengan Magic Colour, enjin warna berkuasa AI yang pertama dalam industri, menawarkan penyuntingan tahap profesional dengan hanya satu ketukan. Dikuasakan oleh algoritma pembelajaran mendalam yang canggih, Magic Colour menganalisis dan mengekstrak 16.77 juta warna secara pintar, membolehkan pengguna mencipta semula rupa sinematik dengan mudah, menggunakan tona bergred filem, atau menghasilkan templat warna tersuai daripada mana-mana imej rujukan. Magic Colour juga mempermudahkan proses penggredan, memberikan hasil yang menakjubkan bertaraf profesional tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang rumit.

 

  1. Perangkaian Terbaik – Tidak perlu risau tentang liputan yang lemah 

Pengguna telefon pintar sering mengeluh tentang capaian rangkaian yang lemah. HONOR Magic8 Pro menampilkan rekaan peningkatan isyarat lima cip yang dibangunkan sendiri oleh HONOR untuk menggalakkan prestasi Wi-Fi sebanyak 15%, manakala sistem enam antena meningkatkan keupayaan transmisi dan penerimaan dengan ketara, agar pengguna sentiasa berhubung sepenuhnya walaupun berada di kawasan liputan yang mencabar.

 

  1. Bateri Berprestasi Hebat – Penggunaan ultra-lama dengan kapasiti bateri 7100mAh 

Jangka hayat bateri kekal menjadi kebimbangan berterusan bagi ramai pengguna telefon pintar, namun HONOR terus memimpin industri dalam teknologi bateri dan ketahanan. HONOR Magic8 Pro dilengkapi Bateri Karbon Silikon 7100mAh dengan kapasiti hampir 40% lebih besar daripada iPhone 17 Pro Max. Kapasiti luar biasa ini dipadankan dengan pengecasan pantas 100W Wired SuperCharge, yang membolehkan peranti ini dicas sepenuhnya dengan pengecasan turbo dalam hanya 47 minit. HONOR Magic8 Pro turut meningkatkan kemudahan dengan menyokong pengecasan tanpa wayar 80W Wireless SuperCharge. Dengan HONOR Magic8 Pro, pengguna boleh menikmati hampir 6 jam ulang semula video dengan hanya 5 minit pengecasan.

 

  1. Paparan Amat Jelas – Pelbagai teknologi keselesaan mata yang canggih

HONOR Magic8 Pro menawarkan pengalaman paparan kelas tertinggi dengan integrasi teknologi perlindungan mata yang membezakannya daripada iPhone. Skrin Magic8 Pro ini menyokong kecerahan puncak sehingga 6,000 nits, memastikan keterlihatan yang amat jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik, tanpa memudaratkan mata.

 

Peranti ini juga menjadi yang pertama dalam industri memperoleh Pensijilan Paparan Penjagaan Penuh TÜV Rheinland 5.0, menandakan era baharu perlindungan mata yang menyeluruh dan diperibadikan. Suite lengkap teknologi perlindungan mata ini merangkumi pelbagai inovasi eksklusif seperti Paparan Nyahfokus AI Bertaraf Cip, Pemalapan Dinamik, Paparan Polarisasi Keliling 2.0 dan Paparan Malam Sirkadia. Ini turut disokong oleh Pemalapan PWM 4320Hz yang menerajui industri, memastikan keselesaan mata rendah kerlipan yang lebih baik. Di samping mengoptimumkan skrin, peranti ini juga memperkenalkan ciri baharu iaitu Pengesanan Kerlipan yang membantu pengguna mengenal pasti persekitaran luar yang boleh memudaratkan mata, terutamanya untuk keluarga dengan anak kecil.

 

  1. Kos Penyenggaraan Rendah – Telefon pintar flagship pertama dengan penarafan IP69K dan perkhidmatan yang terbaik 

Dalam aspek ketahanan, HONOR membawa penambahbaikan dalam Magic8 Pro agar kos penyelenggaraan dapat dikurangkan. Skrin peranti ini direka daripada kaca NanoCrystal Shield yang mencapai Pensijilan Ujian Jatuhan Lima Bintang SGS merentasi pelbagai situasi, seterusnya menggariskan tanda aras baharu untuk ketahanan dalam kalangan telefon pintar bertaraf flagship.

 

Selain itu, HONOR Magic8 Pro juga flagship pertama mencapai penarafan IP69K serta penarafan IP68 dan IP69 untuk perlindungan daripada air dan habuk. Ini menjadikannya kalis air, kalis habuk dan tahan daripada tekanan tinggi dan semburan jet air bersuhu tinggi. Melangkaui ketahanan fizikal yang dinaik taraf, HONOR Magic8 Pro juga menawarkan perkhidmatan bertaraf industri seperti Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun dan Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun.

 

Pemproses Snapdragon 8 Elite Gen 5, cipset amat berkuasa tahun ini

HONOR Magic8 Pro mentakrif semula prestasi dengan pemproses Snapdragon 8 Elite Gen 5 Mobile Platform, cipset mudah alih tercanggih dan berkuasa tahun ini. Dengan cipset ini, HONOR Magic8 Pro menguasai kestabilan yang biasa dikaitkan dengan iPhone dan kuasa peranti flagship Android lain. Cipset ini menyampaikan kelajuan luar biasa, multitugas yang lancar dan maklum balas yang amat pantas walaupun untuk tugasan yang mencabar, dengan peningkatan besar pada CPU, GPU dan keupayaan AI.

 

Bagi menyerlahkan potensi penuh telefon pintar ini, HONOR dan Qualcomm menjalin kerjasama untuk menyempurnakan sinergi antara perkakasan dan perisian. Kerjasama ini menghasilkan Ultra-Fusion Core Architecture yang memaksimumkan kuasa Snapdragon 8 Elite Gen 5 sambil mengekalkan kecekapan dan kestabilan yang tiada bandingan. HONOR Magic8 Pro turut memperkenalkan teknologi AI Rendering Separation yang pertama dalam industri bagi menggalakkan kadar bingkai serta melancarkan prestasi visual. Dalam pada itu, teknologi GPU–NPU Heterogeneous AI Super-Frame mengurangkan kelewatan input, memberikan pengalaman permainan yang lebih pantas dan responsif.

Harga dan Ketersediaan

HONOR Magic8 Pro boleh didapati dalam tiga warna yang elegan: Sunrise Gold, Sky Cyan dan Black. Telefon pintar ini akan tiba di Malaysia dalam varian 12GB+512GB pada harga RM4599, manakala varian 16GB+1TB pada harga RM5199. Peranti ini akan tersedia untuk jualan di semua kedai seluruh negara mulai 5 Disember 2025. 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic8 Pro, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/.



- Advertisement -

Comments are closed.