Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR MagicBook Pro 14 Kini Tersedia Di Kedai Seluruh Negara Pada Harga RM4,999

HONOR MagicBook Pro 14 yang baharu dilancarkan, memulakan jualan hari pertamanya pada hari ini, 13 Jun 2025. Pengguna boleh mendapatkan HONOR MagicBook Pro 14 yang menampilkan kapasiti bateri terbesar antara komputer riba ringan bersaiz 14 inci di kedai HONOR Experience Store terdekat dan secara atas talian untuk alami sendiri ciri-ciri canggihnya, termasuk Cross-OS Connectivity yang pertama di Malaysia. 

 

Komputer riba yang bergaya dan berkuasa ini dijual pada harga RM4,999 serta didatangkan dengan RAM 32GB dan SSD 1TB dalam rekaan putih yang elegan. Pembeli akan membawa pulang hadiah PERCUMA terdiri daripada Langganan Percuma 1 Tahun Microsoft 365 Personal (prapasang) dan beg HONOR Backpack premium bernilai RM508.

 

HONOR MagicBook Pro 14 dilengkapi dengan bateri Lithium Polymer 92Wh yang besar dan disokong oleh HONOR SuperCharge 100W untuk tahan lebih lama dan pengecasan yang pantas. Komputer riba ini juga menampilkan paparan OLED 3.1K Flagship 14.6 inci yang menakjubkan dengan bezel ultra-nipis 3.75mm untuk memberikan pengalaman tontonan seakan paparan 15 inci. Ia turut disertakan dengan ciri penjagaan mata komprehensif seperti Pemalapan Bebas Kerlipan PWM 4320Hz, Pemalapan Dinamik, Mod E-book, Pensijilan TÜV Rheinland untuk Cahaya Biru Rendah (Penyelesaian Perkakasan), dan Pensijilan TÜV Rheinland untuk Bebas Kerlipan. Semua ini direka untuk melindungi pengguna daripada keletihan mata semasa penggunaan yang berpanjangan.

 

Dengan Cross-OS Connectivity dalam ekosistem HONOR Connect, pengguna kini dapat memindahkan fail, gambar, dan video antara HONOR MagicBook Pro 14 yang berasaskan Windows kepada peranti Android dan iOS dengan lancar, sekaligus meningkatkan produktiviti dan memudahkan. Sementara itu, komputer riba ini dikuasakan oleh prosesor Intel® Core™ Ultra5 225H, memberikan prestasi yang hebat dan seimbang. Dilengkapi dengan suis mod prestasi 65W, HONOR MagicBook Pro 14 dibina untuk menampung permainan AAA, perisian reka bentuk, dan tugas-tugas produktiviti tanpa masalah, menjadikannya pilihan yang fleksibel untuk kegunaan kerja mahupun santai.

 

Jangan lepaskan peluang hebat ini untuk memiliki HONOR MagicBook Pro 14. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/



- Advertisement -

Comments are closed.