HONOR Memberi Hadiah Eksklusif Pembesar Suara Premium Harman Kardon Semasa Pra-tempahan HONOR Magic V5
Berbaki lima hari lagi sebelum pelancaran rasmi telefon boleh lipat paling nipis dan kukuh HONOR Magic V5 dan hari ini, HONOR tampil dengan satu kejutan yang pasti mencuri perhatian ramai. Sebagai pembuka tirai kepada pelancaran besar ini, HONOR mendedahkan hadiah percuma pra-tempahan Magic V5 adalah sebuah pembesar suara premium Harman Kardon Onyx Studio 9.
Pelanggan yang membuat pra-tempahan HONOR Magic V5 akan menerima hadiah eksklusif terhad, antaranya pembesar suara Harman Kardon bernilai RM1,299, khas untuk pembeli awal. Bukan itu sahaja, telefon boleh lipat ini juga akan didatangi bersama jaminan perlindungan yang dinaik taraf, membuktikan komitmen HONOR terhadap kepuasan pengguna.
Bateri Hebat, Bunyi Mantap, Maraton Hiburan Seharian
Pembesar suara Harman Kardon ini bukan sekadar hadiah biasa. Dikenali dengan kejelasan akustik dan bass yang menyeluruh, pembesar suara ini menjadikan HONOR Magic V5 pusat hiburan mudah alih peribadi anda. Sama ada menonton drama di Netflix, mendengar senarai lagu Lo-Fi kegemaran, atau berkaraoke sepanjang malam di rumah, gabungan HONOR Magic V5 dan Harman Kardon ini menjanjikan pengalaman audio visual bertaraf flagship yang amat mengasyikkan.
Lebih menarik lagi, dengan bateri besar 5820mAh dan prestasi sepanjang hari HONOR Magic V5, pakej ini menawarkan pengalaman sinematik unik yang boleh pengguna nikmati apabila membeli HONOR Magic V5 semasa tempoh pra-pesanan bermula selepas pelancaran nanti.
Perlindungan Jaminan yang Dipertingkatkan
Bagi menjadikan tawaran ini lebih istimewa, HONOR telah memasukkan jaminan perlindungan yang dipertingkatkan untuk HONOR Magic V5. Ini memberikan jaminan tambahan ke atas pembelian pengguna, memastikan mereka mendapat lebih sokongan jaminan, tiada kebimbangan dan pengalaman pasca jualan yang lebih baik.
Lima Hari Lagi, Tandakan Kalendar Anda untuk 15 Julai Ini!
Saksikan pelancaran HONOR Magic V5 di Malaysia pada 15 Julai ini, bermula jam 2 petang secara langsung di Facebook rasmi HONOR Malaysia. Untuk maklumat terkini mengenai HONOR Magic V5, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari laman sesawang www.honor.com/my/.
- Advertisement -
Comments are closed.