HONOR secara rasminya mengumumkan ketibaan HONOR X6c, ahli terbaharu telefon pintar Siri X yang popular. HONOR X6c menggabungkan pengalaman pengguna yang berteraskan AI, jangka hayat bateri yang lebih berkuasa, ketahanan luar biasa, dan prestasi lancar. Ia direka khas untuk memenuhi keperluan warga emas, kanak-kanak, dan remaja. Semua ini ditawarkan pada harga yang amat berpatutan iaitu hanya RM599!
Gabungan Ciri AI dan Prestasi Fotografi yang Dipertingkat
HONOR X6c memperkenalkan keupayaan AI yang inovatif, termasuk Butang AI dan alat penyuntingan foto AI bagi meningkatkan kebolehgunaan harian dan fotografi. Butang AI yang terletak di sisi telefon, memberikan akses pantas kepada aplikasi yang sering digunakan. Pengguna boleh menyesuaikan butang ini untuk membuka sehingga enam aplikasi, seperti WhatsApp, YouTube, TikTok, atau pun HONOR Notes, menjadikan pengalaman lebih interaktif, terutamanya untuk warga emas atau pengguna muda. Secara ringkasnya, Butang AI menawarkan akses pantas tanpa sebarang kekeliruan atau langkah yang kompleks, memudahkan panggilan telefon dan balasan mesej, ideal untuk golongan warga emas.
Menekan lama pada Butang AI akan melancarkan aplikasi Google Lens, membolehkan kamera digunakan untuk menterjemah, mencari maklumat atau membantu kerja rumah. Pengguna boleh menggunakan Mod Search untuk mengimbas objek seperti tumbuhan atau mercu tanda, juga membolehkan pengguna mencari harga produk atau pautan kedai melalui atas talian. Untuk pelajar, mereka boleh menggunakan Mod Homework untuk menangkap gambar soalan-soalan Matematik, Kimia, Biologi atau Sejarah, atau pun mendapatkan rangka kerja penyelesaian daripada Google. Bagi pengembara pula, Mod Translate menyokong terjemahan masa sebenar bagi papan tanda, menu atau teks dalam bahasa asing.
HONOR X6c juga dilengkapi dengan alat penyuntingan foto yang dikuasakan oleh AI bagi mempertingkatkan gambar pengguna agar menjadi lebih bersih dan kelihatan professional. Ciri AI Eraser menghilangkan objek yang tak dikehendaki daripada gambar, manakala AI Outpainting meluaskan latar belakang secara semula jadi, sesuai untuk menjadikan gambar yang dirakamkan lebih lengkap. Ciri AI Beauty pula memperindah wajah dalam potret dengan halus, menjadikan potret lebih menawan. Semua ciri ini mudah digunakan dan amat sesuai untuk keluarga yang ingin berkongsi gambar di media sosial, untuk remaja yang suka bergambar bersama rakan-rakan, atau warga emas yang ingin berkongsi kenangan bersama keluarga.
Bateri Besar dengan Pengecasan Turbo untuk Penggunaan Sepanjang Hari
Dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5300mAh, HONOR X6c direka untuk menyokong penggunaan yang berpanjangan sehingga ke 21 jam untuk melayari laman sesawang, 18.96 jam penggunaan media sosial, atau 21.56 jam tontonan video dengan satu cas penuh. Bagi pelajar, ini bermakna sesi pembelajaran tidak akan terganggu, malah masa bermain juga dapat dilanjutkan tanpa perlu risau kehabisan bateri. Bagi ibu bapa pula, ia memberikan ketenangan fikiran apabila peranti kekal berfungsi sepanjang masa, memastikan hubungan dengan insan tersayang sentiasa konsisten.
Dengan keupayaan pengecasan 35W HONOR SuperCharge, HONOR X6c boleh mengecas dengan pantas sehingga ke 18% dalam hanya 10 minit, dengan menggunakan Mod Super Charging Boost. Walaupun bateri hanya berbaki 2%, telefon ini masih mampu memberikan masa sehingga 60 minit untuk membuat panggilan atau dalam keadaan sedia selama 13.9 jam.
Pengalaman Hiburan Ultra-Lancar
HONOR X6c hadir dengan kapasiti RAM 16GB RAM (termasuk 8GB HONOR RAM Turbo) dan ROM 256GB, menawarkan ruang yang cukup untuk menyimpan lebih 60,000 gambar atau lebih 200 filem. Peranti ini direka untuk pengguna yang suka menonton tanpa henti, bermain permainan mudah alih, dan pengumpul gambar, dengan menjanjikan prestasi pantas serta pengalaman multitugas yang lancar. Sama ada bertukar antara aplikasi sosial, mengikuti kelas atas talian atau mengurus tugasan bisnes, pengguna tentu yakin dengan teknologi HONOR RAM Turbo yang memastikan setiap urusan berjalan dengan lancar.
Pertahanan Ultra-Kukuh: Ketahanan yang Boleh Anda Percayai
Direka untuk gaya hidup rakyat Malaysia, HONOR X6c tahan lasak, mudah digunakan, dan dibina untuk ketahanan jangka panjang. Pengguna tidak perlu bimbang kerana peranti ini memiliki Pensijilan Premium SGS untuk Rintangan Jatuh dan Hentakan, juga mampu menahan jatuhan sehingga 1.5 meter. Ia juga mempunyai penarafan IP64 untuk rintangan air dan habuk, memberikan keselamatan tambahan semasa di dapur, atau dalam persekitaran kerja yang berhabuk. Secara ringkas, inilah telefon yang selamat untuk kanak-kanak, remaja, malah sesuai dibawa semasa mengembara.
Paparan Keselesaan Mata untuk Tontonan Panjang
Dengan skrin 6.61 inci dan kadar segar semula 120Hz, HONOR X6c direka untuk menawarkan pengalaman menonton yang selesa dan menyeronokkan. Ia juga menampilkan teknologi Keselesaan Mata HONOR, termasuk Mod E-book, Pemalapan DC, Mod Perlindungan Mata dan Pemalapan Dinamik, untuk membantu mengurangkan ketegangan mata semasa sesi membaca atau menonton video yang lama. Sama ada untuk pembelajaran murid-murid secara atas talian, remaja melayari media sosial, atau pengguna warga emas mengikuti berita atau video, HONOR X6c membantu melindungi mata mereka dengan ciri keselesaan visual yang direka dengan teliti.
Warna, Harga dan Ketersediaan
HONOR X6c boleh dibeli di semua HONOR Experience Stores di seluruh negara. Telefon ini didatangkan dalam warna Ocean Cyan dan Midnight Black pada harga yang berpatutan iaitu RM599.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/.
- Advertisement -
Comments are closed.