Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR MagicPad 3 dan MagicBook Art 14 2025 Kini Tersedia Di Seluruh Negara

 

Dua peranti yang amat dinanti-nantikan iaitu HONOR MagicPad 3 dan MagicBook Art 14 2025 boleh dibeli kedai HONOR Experience Store, pengedar sah serta platform dalam talian di seluruh negara mulai hari ini. Sebagai antara siri tablet HONOR popular, MagicPad 3 menawarkan pengalaman bertaraf PC mudah alih, melangkaui tugasan asas komputer.

 

Manakala HONOR MagicBook Art 14 2025, merupakan komputer riba flagship yang bergaya dan ultra-ringan. Ia menggabungkan prestasi hebat dengan rekaan inovatif serta ciri privasi unik melalui kamera magnetik boleh tanggal. 

 

Kedua-dua peranti ini mencerminkan komitmen HONOR terhadap inovasi berteraskan insan, memperkasa pengguna untuk bekerja dengan lebih pintar, berkarya tanpa batas, dan kekal selamat dengan penuh gaya.

 

HONOR MagicPad 3, Prestasi Setanding Komputer Riba

HONOR MagicPad 3 bukan sekadar tablet untuk menonton drama kegemaran, tetapi sebuah alat produktiviti serba guna yang mampu menggantikan komputer riba yang biasa. Dengan paparan bersaiz 13.3 inci dalam badan ultra-nipis, ia menggabungkan kemudahan mobiliti dengan keupayaan ruang kerja yang sebenar. Didatangi dengan Smart Touchpad Keyboard dan menyokong tetikus Bluetooth, ia memberikan pengalaman menaip dan navigasi seperti komputer peribadi, membolehkan pengguna bekerja dengan lancar di mana-mana sahaja.

 

Dengan persediaan ini, golongan profesional boleh menaip emel, mendraf dokumen, dan menyemak laporan panjang dengan mudah. Pensil pintar HONOR Magic Pencil 3 pula memberikan fleksibiliti tambahan, membolehkan seorang eksekutif pemasaran melakar idea kempen semasa bermesyuarat bersama pelanggan atau membuat catatan pada slaid di mana sahaja tanpa perlu menghidupkan komputer riba. Sementara itu, para pelajar pula boleh mencatat nota kuliah yang ditulis, atau menulis pada buku teks digital dengan ketepatan pena sebenar.

 

Selain itu, HONOR MagicPad 3 juga boleh disambungkan ke projektor dan slaid projek dengan segera untuk paparan lebih besar seperti TV atau desktop melalui sokongan HDMI.

 

Lebih menarik, MagicPad 3 hadir dengan HONOR Docs yang bersepadu, suite pejabat percuma sedia terpasang yang menyokong format Microsoft Office dan suntingan PDF. Tidak seperti komputer riba lain yang memerlukan langganan berbayar, HONOR Docs membolehkan produktiviti terus dimulakan. Pelajar boleh memuat turun nota dalam format Word, atau seorang pengurus menyemak kontrak PDF, atau seorang pereka berkongsi pembentangan PowerPoint. Semuanya dikendalikan dengan mudah tanpa memakan kos tambahan perisian.

 

Namun, pembaharuan sebenar terletak pada barisan perisiannya yang dikuasakan oleh AI. Dengan AI Notes, pengguna boleh menggunakan AI Summary untuk mengenal pasti isi-isi penting daripada mesyuarat yang panjang, merekodkannya melalui Minutes, menukarkannya melalui AI Format, malah menyemak semula dengan Proofread sebelum dibentangkan kepada kumpulan. Lebih menarik lagi, fungsi AI Speech-to-Text menukar perbualan kepada transkrip yang tepat dalam masa sebenar, menjadikannya sesuai untuk wartawan yang sedang menemu bual, atau pelajar yang merakam kuliah. Sementara itu, AI Writing Tools membantu memperkemas laporan, cadangan, atau karangan, membantu pengguna memperbaiki hasil kerja agar lancar dan profesional. Secara keseluruhan, ciri-ciri ini menjadikan HONOR MagicPad 3 sebagai teman produktiviti pintar yang amat diperlukan, yang mengurangkan beban kerja dan tidak memerlukan pengguna menulis secara manual, dengan secara proaktif.

 

Melalui ekosistem HONOR Connect juga, perkongsian fail menjadi lebih lancar. Seorang pereka boleh melakar idea pada HONOR MagicPad 3 dan menghantar fail kepada telefon pintar HONOR mereka, manakala pengguna iPhone boleh menghantar gambar ke tablet ini dengan lebih mudah. Padanan silang platform ini memastikan kelancaran kolaborasi sama ada Android, HONOR, mahupun iOS. 

Bateri berkapasiti terbesar dalam industri iaitu 12,450mAh, memberikan kuasa kepada peranti ini. Ia mengatasi kebanyakan komputer riba, memberikan ketahanan sepanjang hari untuk belajar, bekerja, atau berkarya semasa bergerak.

 

Dengan gabungan prestasi setanding komputer riba, peranti mudah alih yang ultra-nipis, dan produktiviti dipacu oleh AI, HONOR MagicPad 3 menetapkan penanda aras baharu untuk tablet. Ia membuktikan bahawa masa depan kerja dan kreativiti boleh dimuatkan ke dalam peranti yang ringan namun berkuasa seperti ini.

 

HONOR MagicBook Art 14 – Kuasa Bergaya dengan Jaminan Privasi 

HONOR MagicBook Art 14 2025 mendefinisikan semula gabungan prestasi, gaya dan privasi. Direka khas untuk generasi profesional serta pencipta, ia menggabungkan inovasi yang pertama dalam industri dari segi teknologi paparan dan perlindungan privasi digital, menetapkan aras baharu untuk komputer riba premium.

 

Teras rekaannya terletak pada kamera magnetik boleh tanggal, ciri pertama seumpamanya dalam industri yang memberikan ketenangan fikiran sepenuhnya kepada pengguna. Komputer riba konvensional biasanya membiarkan kamera web terdedah secara kekal, menjadikan ia berisiko kepada penggodaman atau pengaktifan yang tidak sengaja. Malah, terdapat kes-kes berprofil tinggi di luar negara di mana kamera web mereka digodam untuk mengintip pengguna tanpa disedari. Malah pemimpin teknologi seperti Mark Zuckerberg sendiri terpaksa menutup kamera komputer ribanya dengan pita pelekat sebagai langkah keselamatan. Oleh yang demikian, HONOR MagicBook Art 14 memperkenalkan kamera boleh ditanggalkan dan disimpan dengan selamat apabila tidak digunakan, memberikan pengguna kawalan penuh terhadap privasi digital.

 

Walaupun hanya senipis 1cm dan seberat 1kg, HONOR MagicBook Art 14 memiliki kuasa penuh, lengkap dengan integrasi port tanpa keperluan dok tambahan, memastikan kesambungan yang lancar semasa bergerak.

 

Komputer riba ini juga memperkenalkan paparan sentuh OLED 3.1K 14.6 inci yang pertama dalam industri, menampilkan bingkai ultra-nipis. Ia mencapai nisbah skrin-ke-badan 97% yang mengagumkan untuk pengalaman tontonan penuh yang benar-benar mengasyikkan. Skrin ini dilengkapi dengan Salutan Nano Anti-Pantulan 8 Lapisan HONOR, satu lagi ciri pertama dalam industri, yang mengurangkan gangguan cahaya persekitaran sebanyak 99%. Sama ada bekerja di luar bangunan atau di dalam studio yang terang, visual kekal tajam dan jelas. Untuk pencipta kandungan dan golongan profesional, paparan ini direka untuk kesempurnaan warna dengan Delta E <0.5, memastikan ketepatan warna ultra-jitu untuk tugasan reka bentuk, fotografi, dan penyuntingan video.

 

HONOR MagicBook Art 14 2025 dikuasakan oleh prosesor Intel® Core™ Ultra 7 terkini, dipadankan dengan RAM 32GB dan storan 1TB untuk membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugasan dengan pantas. Disokong oleh pengoptimuman HONOR Turbo X, ia menawarkan jangka hayat bateri 29% lebih panjang berbanding model sebelumnya, mampu bertahan sehingga 13.2 jam untuk ulang semula video dalaman, dan 10 jam untuk prestasi pejabat moden PCMark 10. Bateri 60Wh ini juga menyokong pengecasan pantas HONOR FastCharging 65W, memastikan pengecasan semula yang pantas untuk seiring dengan gaya hidup moden yang serba pantas.

 

Gabungan keanggunan yang nipis, prestasi tanpa kompromi, dan ciri privasi yang inovatif menjadikan HONOR MagicBook Art 14 2025 lebih daripada sekadar komputer riba. Ia adalah sebuah peranti berkuasa yang bergaya, dibina untuk masa depan kerja dan kreativiti.

 

Harga dan Ketersediaan

Tersedia dalam warna White dan Grey, HONOR MagicPad 3 berharga RM2,999 dilengkapi dengan RAM 32GB (HONOR RAM Turbo 16GB) dan storan 512GB, dipakejkan dengan hadiah percuma bernilai RM998 termasuk HONOR Magic Pencil 3 dan HONOR Keyboard.

 

HONOR MagicBook Art 14 2025 akan dijual dalam warna Mocha Brown dan Emerald Green mulai 22 Ogos 2025 pada harga RM5,999 bagi konfigurasi RAM 32GB dan ROM 1TB. Pembelian peranti ini juga termasuk pakej hadiah eksklusif bernilai RM508, termasuk langganan setahun 365 Personal Microsoft dan HONOR Backpack, sehingga kehabisan stok.

 

Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/



- Advertisement -

Comments are closed.