Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR MagicPad 3, Tablet Flagship Serba Guna Untuk Kerja, Hiburan dan Kreativiti

HONOR Malaysia hari ini melancarkan HONOR MagicPad 3, pengganti komputer riba yang menggabungkan paparan sinematik Paparan Keselesaan Mata HONOR 3.2K 13.3 inci, alat produktiviti berkuasakan AI, serta bateri ultra besar 12,450mAh dalam rekaan nipis dan mudah alih. Direka untuk kerja, kreativiti, permainan dan hiburan, HONOR MagicPad 3 menawarkan kuasa setaraf PC tanpa bebanan komputer riba tradisional. Ditawarkan pada harga RM2,999 ia mula dijual di kedai seluruh negara pada 22 Ogos 2025.

 

Pengalaman Sinematik dengan Paparan Terkemuka Industri

Alami visual luar biasa melalui paparan Paparan Keselesaan Mata HONOR 3.2K 13.3 inci dengan kadar segar semula 165Hz, tertinggi dalam industri, seterusnya mengatasi kebanyakan peranti yang hanya menawarkan sehingga 144Hz. Sama ada anda bermain permainan, menonton filem atau sekadar melayar, setiap gerakan dipaparkan dengan ketepatan ultra-lancar. Diperkasakan dengan tujuh Teknologi Keselesaan Mata Termaju, HONOR MagicPad 3 bukan sahaja menghadirkan pengalaman skrin besar yang mengasyikkan, malah memastikan keselesaan mata walaupun bekerja pada jangka masa panjang, menonton drama tanpa henti, atau bermain permainan hingga ke lewat malam.

 

Produktiviti Lancar dengan Perkakas AI, Papan Kekunci Pintar dan Keserasian iOS

HONOR MagicPad 3 bukan sekadar tablet, tetapi sebuah pusat produktiviti lengkap yang setanding laptop. Dengan HONOR Docs dan AI Notes, pengguna boleh menikmati transkripsi suara-ke-teks, terjemahan segera, serta perluasan teks pintar untuk multitugas yang lebih pantas dan cekap. Dipadankan bersama HONOR Smart Touchpad Keyboard (dilengkapi pad sesentuh) dan sokongan pensil Bluetooth, ia menawarkan pengalaman seakan PC untuk menyunting dokumen, membuat pembentangan, serta tugasan kerja lanjutan. 

 

Sokongan HDMI pula menjadikannya sebagai alat pembentangan yang berkuasa, manakala keserasian iOS pula memastikan perkongsian fail dengan peranti Apple berlangsung tanpa halangan. Semua ciri ini digabungkan bagi memberikan kepelbagaian dan prestasi setaraf komputer riba, dalam bentuk lebih ringan serta mudah alih.

 

Kuasa Sepanjang Hari untuk Kerja dan Hiburan

Dilengkapi kapasiti bateri 12,450mAh yang terbesar dalam industri, HONOR MagicPad 3 mampu bertahan lebih lama berbanding kebanyakan komputer riba. Ia berupaya menemani pengguna sepanjang hari untuk bekerja, projek kreatif, bermain permainan sepanjang hari mahupun sesi penstriman tanpa perlu sentiasa mengecas. Apabila tiba masa untuk mengecas, pengecas HONOR SuperCharge 66W mengembalikan kuasa dalam masa jauh lebih singkat berbanding kebanyakan komputer riba, memastikan momentum anda sentiasa konsisten.

 

Mencatat Nota dan Melakar Hasil Seni dengan Magic Pencil 3

Pensel pintar HONOR Magic Pencil 3 yang disertakan menjadikan HONOR MagicPad 3 jauh lebih daripada sekadar tablet. Ia berfungsi sebagai buku nota, buku lakaran, dan studio kreatif serba lengkap dalam satu peranti. Sama ada untuk menulis nota mesyuarat, membuat catatan bahan pembelajaran, melakar ilustrasi ataupun menghasilkan konsep kreatif, input yang tepat dengan kadar latensi rendah memastikan setiap pergerakan seakan semula jadi. Dipadankan dengan paparan luas 13.3 inci, HONOR MagicPad 3 boleh disesuaikan dengan mudah untuk bekerja, belajar atau mengekspresi seni, menjadikannya teman serba guna terbaik dalam apa jua situasi.

 

Prestasi Luar Biasa Flagship dengan Set Cip Flagship

Semua ciri ini adalah dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform, menawarkan kelajuan dan maklum balas bertaraf flagship untuk apa jua tugasan. Sistem penyejukan 12 lapisnya memastikan prestasi kekal stabil walaupun di bawah penggunaan intensif, sama ada untuk bekerja mahupun bermain permainan yang lama.

 

Dengan pensijilan IMAX Enhanced, setiap filem, siri dan permainan tampil dengan kejelasan mengagumkan serta warna yang hidup, menjadikan HONOR MagicPad 3 sebuah panggung wayang mudah alih sebenar. 

 

Untuk penggemar permainan, sokongan pengawal luaran memberikan ketepatan setaraf konsol bergerak. Dengan kombinasi paparan, prestasi dan mudah alih, HONOR MagicPad 3 mendefinisikan semula kemampuan tablet moden, iaitu memiliki kuasa komputer riba yang digabungkan dengan hiburan seperti teater rumah, semuanya dalam satu peranti yang bergaya.

Harga dan Ketersediaan

HONOR MagicPad 3 tersedia dalam warna White dan Grey. Tablet ini berharga RM2,999, dilengkapi dengan RAM 32GB (HONOR RAM Turbo 16GB) dan storan 512GB, dipakejkan dengan hadiah percuma bernilai RM998 termasuk HONOR Magic Pencil 3 dan HONOR Smart Touchpad Keyboard. Tablet ini akan tersedia di HONOR Experience Store, pengedar, saluran atas talian rasmi, dan platform e-dagang rasmi HONOR Malaysia yang sah, mulai 22 Ogos 2025.

 

Untuk perkembangan lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/.



- Advertisement -

Comments are closed.