HONOR hari ini secara rasmi mengesahkan HONOR X9d 5G adalah telefon pintar misteri yang telah menarik perhatian ramai apabila dilihat dalam filem Legasi: Bomba the Movie, dan semasa perarakan Hari Kebangsaan bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, baru-baru ini. Peranti terbaharu Siri X ini diiktiraf sebagai Telefon Pintar Pilihan Utama Malaysia dan sedia memasuki pasaran negara tidak lama lagi.
Sejak diperkenalkan di Malaysia pada 2022, Siri X HONOR mentakrif semula jangkaan pengguna terhadap peranti kelas pertengahan, mengimbangkan prestasi dan gaya tanpa kompromi pada ketahanan. Ketahanan menjadi ciri teras dalam siri ini yang menjadikannya antara sebab utama ianya kekal sebagai telefon pintar kelas pertengahan terlaris di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut, sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai Telefon Pintar Pilihan Utama Malaysia.
Peningkatan Super: Lebih Tahan, Lebih Boleh Dipercayai, dan Lebih Berkuasa
HONOR X9d 5G bakal meningkatkan daya saing produk dengan kerangka yang diperkuatkan dan paparan ultra-kukuh generasi baharu untuk penggunaan seharian. Di samping ketahanannya, HONOR X9d 5G juga menawarkan prestasi yang lebih lancar dan berkuasa untuk melaksanakan pelbagai tugas tanpa gangguan. Ini termasuk teknologi bateri bertaraf industri yang direka untuk memberikan kuasa bagi penggunaan lebih lama sepanjang hari.
Pelancaran Rasmi Dalam Masa Terdekat
Keterujaan terhadap peranti ini semakin meningkat di seluruh negara. Sehubungan itu, HONOR akan mendedahkan butiran lanjut tidak lama lagi. Pengguna boleh mengikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menjadi antara yang terawal untuk menyaksikan pelancaran rasmi peranti ini.
Untuk perkembangan terkini, kunjungi laman sesawang HONOR Malaysia di www.honor.com/my/ .
- Advertisement -
Comments are closed.