Ultimate magazine theme for WordPress.

IPHONE KINI RASMI BOLEH UNLOCK WALAU PAKAI FACEMASK!

0

Secara rasminya, harini, Apple telah menyuntik update IOS terbaharu iaitu versi 15.4 kepada semua pengguna Iphone yang masih layak menerima update tersebut di seluruh dunia.

Apa yang menarik dengan update tersebut adalah, ia membolehkan para pengguna Iphone dengan Face Id untuk membuka kunci atau nyahkunci peranti Iphone mereka walau dalam keadaan memakai pelitup muka atau facemask.

(gambar kredit : https://www.notebookcheck.net/4-iOS-15-4-features-to-get-excited-for.597435.0.html)

Namun walaubagaimanapun, buat ketika ini, fungsi ini hanya terhad kepada Iphone siri 12 dan juga siri 13 sahaja. Iphone siri selain dari tersebut mungkin masih memerlukan Apple watch bagi memudahkan proses nyahkunci peranti Iphone mereka ketika memakai pelitup muka.

Bagi pengguna Iphone yang ingin mendapatkan update IOS terkini tersebut, boleh berbuat demikian mulai sekarang dengan pergi ke bahagian SETTING > GENERAL > SOFTWARE UPDATE.

Apakah pendapat anda, adakah fungsi tersebut penting kepada anda sebagai pengguna Iphone ataupun anda tiada masalah dari segi nyahkunci buat masa sekarang? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.