Ultimate magazine theme for WordPress.

Jualan Hari Pertama Siri HONOR 400 Bermula; Daftar Sekarang untuk Hidupkan Kenangan di Jerayawara

Siri HONOR 400 yang baharu mula dijual secara rasmi di seluruh negara, hari ini. Susulan kejayaan mencipta rekod pratempahan selama seminggu, Siri HONOR 400 telah mengatasi pencapaian pratempahan bagi model terdahulu. Populariti luar biasa ini mencerminkan sokongan padu pengguna Malaysia terhadap keupayaan pengimejan bertaraf flagship Siri HONOR 400, termasuk Kamera Utama Super Sensing 200MP dan kemajuan teknologi AI Imaging Generasi Baharu. Gabungan ciri-ciri canggih dan kemudahan serta aplikasi kepada pengguna telah menerima pujian meluas dari seluruh negara.

Nikmati Pakej Hadiah Eksklusif Bernilai Sehingga RM598, Serta Tambahan Jam Tangan Kecergasan PERCUMA

HONOR 400 Pro (24GB + 512GB) dijual pada harga RM2,699 dengan pilihan warna Lunar Grey, Tidal Blue dan Midnight Black. Setiap pembelian didatangkan bersama HONOR Choice Watch 2i dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun bernilai RM598. 

 

HONOR 400 pula ditawarkan pada harga RM1,899 (24GB + 256GB) dan RM2,199 (24GB + 512GB) dalam warna Desert Gold, Tidal Blue dan Midnight Black. Pembeli akan menerima satu set hadiah percuma yang mengandungi HONOR Choice Earbuds X7e dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun.

 

Tambahan pula, pembeli masih boleh menaik taraf storan 256GB kepada 512GB secara PERCUMA! Lebih menarik, pembelian varian 256GB dari kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada atau TikTok Shop akan menerima satu lagi hadiah tambahan iaitu jam kecergasan HONOR Band 10, tertakluk kepada ketersediaan stok.

 

Siri HONOR 400 boleh didapati melalui pelbagai platform utama, termasuk kedai HONOR Experience Store, laman sesawang rasmi HONOR, Shopee, Lazada, Harvey Norman, Senheng SenQ dan Urban Republic.

 

Hidupkan Kembali Memori – Daftar untuk Time Machine Studio di Jerayawara Siri HONOR 400! 

Selain itu HONOR turut teruja melangsungkan Jerayawara Siri HONOR 400 di tiga pusat beli-belah iaitu IOI City Mall, Putrajaya; AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru; dan Queensbay Mall, Pulau Pinang.

 

Jerayawara pertama akan berlangsung di IOI City Mall mulai 4 hingga 8 Jun 2025. Pengunjung berpeluang mengalami sendiri Siri HONOR 400 dan juga mendaftar untuk menyertai aktiviti studio yang menarik iaitu Time Machine Studio dan Next-Gen AI Imaging Experience, yang mempamerkan ciri AI Image to Video yang canggih. Sebagai telefon pintar pertama di dunia yang menawarkan teknologi revolusioner ini, Siri HONOR 400 membolehkan pengguna menghidupkan kenangan indah. Pengunjung boleh membawa gambar kenangan mereka, seperti gambar zaman kanak-kanak atau potret keluarga lama ke jerayawara ini dan menyaksikan AI mengubahnya menjadi video MP4 berdurasi 5 saat, sekali gus mengembalikan nostalgia.

 

Selain itu, pengunjung juga boleh memilih untuk mengubah foto mereka menjadi kandungan video imaginatif menggunakan AI Image to Video dan alatan penyuntingan AI berinovatif seperti AI Cutout, AI Eraser dan lain-lain. Bayangkan dikejar dinosaur, terapung di udara, atau berada di mercu tanda ikonik di seluruh dunia. Sertailah HONOR di jerayawara ini dan melangkah ke dalam ‘mesin masa’ untuk saksikan bagaimana sekeping gambar boleh menjadi memori yang jelas dan hidup.

 

Pendaftaran untuk Time Machine Studio dan Next-gen AI Imaging Experience boleh dibuat melalui pautan di sini, dan peserta terpilih akan dihubungi melalui emel. Slot adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat, dia dapat. Jangan lepaskan peluang ini!

 

Untuk lebih sentuhan kreatif, pengunjung juga boleh mendapatkan lakaran potret mereka daripada artis tempatan berbakat secara terus dengan tablet HONOR Pad 10 yang baru dilancarkan. Ini menjadikan pengalaman mengunjung jerayawara Siri HONOR 400 satu pengalaman peribadi yang unik.

 

Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Eksklusif Bernilai RM75,000!

Keseronokan tidak terhenti di situ! Dengan pembelian satu peranti HONOR berharga RM1,000 ke atas, pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah menarik, dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM75,000. Hadiah-hadiah ini termasuk HONOR Choice Robot Cleaner R2, HONOR Choice Earbuds X5, sebuah beg pakaian kabin pelbagai fungsi, dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang untuk membawa pulang sesuatu yang istimewa!

 

Berikut adalah tarikh Jerayawara Siri HONOR 400 di tiga lokasi:

  • IOI City Mall, Putrajaya: 4 – 8 Jun 2025
  • AEON Tebrau City, Johor Bahru: 1 – 6 Julai 2025
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang: 16 – 20 Julai 2025

 

Kuasa, Prestasi dan Ketelitian – Siri HONOR 400 Tawar Pengalaman Flagship Bagi Setiap Pencipta Kandungan

Siri HONOR 400 direka khas untuk penggemar fotografi dan pencerita visual, menggabungkan perkakasan kamera bertaraf flagship dengan alat pengimejan AI yang inovatif. Ia menampilkan Kamera Utama Super Sensing 200MP dengan OIS dan EIS untuk foto yang tajam dan jelas. Model Pro ditambah dengan Kamera Telefoto AI 50MP dengan zum super sehingga 50X dan OIS. Kedua-dua Pro dan model standard turut menampilkan Kamera Swafoto Potret 50MP bagi hasil yang mengagumkan dari sebarang sudut. 

 

Dari segi prestasi dan pengalaman pengguna, Siri HONOR 400 dilengkapi dengan Bateri Silikon-Karbon 6,000mAh, menawarkan pengecasan berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W atau 100W, dan pengecasan tanpa wayar sehingga 50W untuk kuasa pantas dan tahan lama. Peranti ini juga menampilkan paparan AMOLED 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak HDR sehingga 5,000 nits, dipertingkatkan dengan teknologi penjagaan mata seperti Cahaya Biru Rendah, Pemalapan PWM 3840Hz, Paparan Nyahfokus AI, dan mod Malam Sirkadia. Siri ini juga menawarkan ketahanan yang lasak, dengan Pro diberi penarafan IP68 dan IP69, manakala model standard menerima penarafan IP65, menjadikannya sesuai digunakan dalam pelbagai persekitaran.

 

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/.

 

Pautan pendaftaran penyertaan Time Machine Studio and Next-Gen AI Imaging Experience: https://www.smartsurvey.co.uk/s/400Series_IOICityMall/ 


- Advertisement -

Comments are closed.