Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Putrajaya meriah dengan pelbagai pertunjukan dan perarakan. Antara yang mencuri perhatian pengunjung adalah telefon pintar HONOR yang belum dilancarkan. Peranti ‘misteri’ ini telah didedahkan oleh pelakon Ben Amir ketika sertai perarakan bersama anggota bomba lain. Ini kali pertama HONOR memperkenalkan perantinya di acara besar-besaran yang disertai lebih 100,000 penonton.
Aksi Ben di atas jentera bomba sambil memegang sebuah telefon pintar berwarna merah terang dengan kemasan kulit telah menarik perhatian ramai. Ramai menyatakan telefon pintar ini adalah peranti sama dalam filem Legasi: Bomba The Movie ketika watak Amir menerimannya sebagai hadiah penghargaan. Kini, apabila peranti tersebut ditunjukkan secara umum, ramai bertanya sama ada ia model terbaharu Siri X9 yang terkenal dengan ciri ketahanannya.
Mengapa Telefon Pintar Misteri Ini ‘Sepadan’ Anggota Bomba?
Bahagian belakang telefon pintar yang belum dilancarkan tersebut berwarna merah terang, menyerupai warna pakaian seragam anggota bomba. Lebih daripada sekadar reka bentuk, ketahanan luar biasa dan keupayaan peranti ini menahan keadaan ekstrem mencerminkan semangat juang wira-wira bomba yang berani berdepan pelbagai situasi bahaya demi melindungi nyawa.
“Tanggapan pertama saya terhadap telefon pintar ini adalah ia sangat lasak dan boleh dipercayai. Warnanya terus mengingatkan saya kepada Wira Merah kita, dan ianya juga padan dengan seragam mereka. Saya merasakan peranti ini seperti satu penghormatan kepada semua wira negara yang berada di barisan hadapan,” kata Ben. Malah, nama jenama HONOR turut membawa makna yang signifikan iaitu nilai keberanian, pengorbanan, dan semangat patriotisme. Semua nilai-nilai tersebut mencerminkan sifat anggota bomba.
Ramai Sesak Di Booth HONOR: Sesi Ramah Mesra, Peraduan Foto dan Persembahan
Selepas perarakan, orang ramai mula bersesak di booth HONOR untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Peminat teruja dapat bertemu dengan barisan pelakon Legasi: Bomba The Movie pada sesi ramah mesra. Booth tersebut menampilkan sudut fotografi interaktif bertemakan bomba, lengkap dengan peralatan menyelamat.Lebih mengujakan, pengunjung yang mengambil gambar kreatif dan berkongsinya di media sosial mereka berpeluang memenangi telefon pintar atau tablet HONOR.
Selain itu, kumpulan Pahlawan Sebenar membuat persembahan lagu ‘Father’s Day’, OST filem tersebut. Skuad cilik bomba turut memeriahkan suasana dengan persembahan ‘Fire Cry’ yang menyerlahkan semangat wira-wira muda. Dengan gabungan hiburan, interaksi komuniti, dan semangat patriotisme, booth HONOR telah menjadi tumpuan pilihan ramai, sekaligus merakamkan semangat patriotik.
HONOR Bakal Mendedahkan Telefon Pintar Misteri Tersebut!
Persoalan yang bermain di fikiran semua orang: Apakah telefon pintar misteri HONOR ini? Walaupun butiran masih dirahsiakan, reka bentuk yang menonjol dan ciri-ciri lasaknya telah mencetuskan rasa ingin tahu ramai. Semuanya akan didedahkan tidak lama lagi!
- Advertisement -
Comments are closed.