Ultimate magazine theme for WordPress.

Miliki Telefon Pintar Pilihan Utama Malaysia, HONOR X9d 5G Secara PERCUMA di Telco Terpilih!

HONOR X9d 5G telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia kerana tahap kelasakan dan daya tahannya yang luar biasa. Kekuatan ini malah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai Telefon Pintar Pilihan Utama Malaysia. HONOR X9d 5G dijual pada harga runcit bermula daripada RM1,499 dan boleh didapati di HONOR Experience Store, pengedar-pengedar rasmi, serta platform atas talian. Selain itu, peranti ini juga ditawarkan melalui penyedia telekomunikasi terpilih, iaitu CelcomDigi, Maxis, redOne, U Mobile, Yes, dan unifi. Lebih menarik, pengguna boleh mendapatkan versi storan 512GB secara PERCUMA dengan hanya melanggan pakej pascabayar terpilih yang ditawarkan penyedia-penyedia tersebut.

 

Miliki HONOR X9d 5G daripada hanya RM 1 dengan CelcomDigi

Dengan serendah RM1, pelanggan CelcomDigi boleh mendaftar untuk pelan Easy360 bagi memiliki HONOR X9d 5G, tanpa faedah dan tanpa bayaran pendahuluan! Untuk butiran terperinci, kunjungi laman sesawang rasmi CelcomDigi

 

Bawa pulang HONOR X9d 5G secara PERCUMA dengan Maxis!

Lebih menarik, HONOR X9d 5G boleh menjadi milik anda secara PERCUMA melalui pelan Maxis Postpaid, penjimatan sebanyak RM1,699! Kunjungi laman sesawang rasmi Maxis untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini. 

 

Daftar dengan redONE Mobile dan dapatkan HONOR X9d 5G secara PERCUMA!

HONOR X9d 5G juga ditawarkan secara PERCUMA apabila pengguna mendaftar untuk pelan devicePRO 98 dengan redONE Mobile! Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi RedOne.

 

HONOR X9d 5G adalah PERCUMA dengan U Mobile

Selain itu, U Mobile turut menawarkan HONOR X9d 5G secara PERCUMA apabila pengguna melanggan pelan U Postpaid 98 atau U Family 128. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini, layari laman sesawang rasmi U Mobile

Dapatkan HONOR X9d 5G secara PERCUMA dengan Yes Infinite+ Standard 88

Langgani Infinite+ Standard 88 dan dapatkan HONOR X9d 5G secara PERCUMA bermula dari hanya RM88 sebulan dengan data dan kelajuan 5G tanpa had! Kunjungi laman sesawang rasmi YES untuk ketahui lebih lanjut tentang pelan ini. 

 

Unifi Mobile kini tawar HONOR X9d 5G secara PERCUMA! 

Langgan UNI5G Postpaid dan bawa pulang HONOR X9d 5G sekarang! Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang Unifi.

 

Melangkaui ketahanan dan kuasa lebih tahan lama

HONOR X9d 5G dibina untuk daya tahan luar biasa, menampilkan kaca terbaja ultra-kukuh dengan reka bentuk penyerap berbilang lapisan yang pertama dalam industri. Ini termasuk lapisan peredam gred balistik untuk penyerapan kejutan yang dipertingkatkan, menghasilkan peningkatan ketahanan impak sebanyak 112%. Tambahan pula, peranti ini telah mendapat penarafan tertinggi untuk rintangan air dan debu iaitu IP69K, IP69, IP68, dan IP66. Ini membolehkan peranti ini berupaya menahan cabaran seperti air bersuhu tinggi, kelembapan yang tinggi, dan pendedahan kepada air.

 

Untuk kuasa, HONOR X9d 5G memiliki bateri karbon silikon 8,300mAh yang besar untuk mampu bertahan sehingga tiga hari dengan sekali cas. Beroperasi dengan cipset Snapdragon 6 Gen 4, peranti ini turut meningkatkan pengalaman pengguna dengan pembesar suara dwi-bass baharu yang menawarkan peningkatan kelantangan sehingga 400%. Dari segi paparan, HONOR X9d 5G mengutamakan keselesaan mata dengan pelbagai ciri yang direka untuk mencegah keletihan mata semasa penggunaan yang lama. Ini termasuk Pemalapan Bebas Risiko 3840Hz, Pemalapan Dinamik, Perkakasan Cahaya Biru Rendah, dan Paparan Nyahfokus AI.

 

Manfaat Ketahanan Unggul untuk Ketenangan Pengguna

HONOR X9d 5G tersedia dalam empat warna menawan iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold, dan Midnight Black. Ia didattangi dalam dua pilihan storan iaitu 24GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) dengan storan 256GB pada RM1,499, manakala model storan lebih besar 512GB pada RM1,699. 

 

Pengguna juga tidak perlu bimbang kerana HONOR X9d 5G didatangkan dengan perlindungan komprehensif, iaitu Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, dan Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun. Jangan tunggu lagi, bawa pulang HONOR X9d 5G yang tahan lasak ini melalui pelbagai pilihan telco, hari ini!

 

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9d 5G, kunjungi www.honor.com/my.



- Advertisement -

Comments are closed.