Ultimate magazine theme for WordPress.

OPPO Malaysia dan Tourism Malaysia Meterai Kerjasama, Teroka Permata Tersembunyi Malaysia Melalui Lensa OPPO Find X Series

OPPO Malaysia dan Tourism Malaysia telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) pada 8 Oktober 2026, sekali gus membuka bab baharu dalam hubungan kedua-dua pihak. Kerjasama ini menyambung kempen Rediscovering Malaysia Through the Lens yang diumumkan pada Mei lalu, dengan OPPO terus menyokong artis dan jurugambar tempatan untuk merakam budaya serta keindahan Malaysia menggunakan telefon pintar OPPO Find X Series.

Jurugambar tempatan jelajah lokasi jarang diketahui

Menurut OPPO, jurugambar seperti Haziq Zuki, Yusuf Madi dan Zairul Puad menjelajah ke serata Malaysia menggunakan OPPO Find X Series untuk merakam tempat, ruang, manusia dan budaya yang jarang mendapat perhatian. Antaranya ialah komuniti pesisir pantai yang terpencil, laluan yang belum ramai terokai, serta warisan yang jarang dipaparkan.

Dua lokasi yang ditonjolkan ialah Wau Sobek Sering di Kelantan, tempat pembuat wau berkongsi kisah tradisi yang semakin pudar, dan Pulau Mawar di Mersing, Johor, dengan Bima Sakti yang melengkung di atas formasi batuan pada waktu malam.

Hasil gambar boleh dilihat di Instagram OPPO Malaysia dan akaun Instagram jurugambar terlibat. Dalam majlis MoC itu, Tourism Malaysia turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada para kreatif yang terlibat.

Apa kata OPPO dan Tourism Malaysia

“Di OPPO, kami sentiasa percaya bahawa cerita paling berkesan disampaikan melalui imej, dan Malaysia tidak pernah kekurangan cerita yang wajar dikongsi,” kata Monica Qin, Pengarah Pemasaran OPPO Malaysia.

Encik Mohd Akbal Setia, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia merangkap Ketua Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2026–2027, pula berkata kerjasama ini membina daripada Program Komunikasi Strategik di Kelantan sebelum ini, yang melibatkan 15 peserta dari OPPO Malaysia.

Kempen ini menyambung inisiatif #OPPOMalaysiaThroughTheLens pada 2024, yang menggunakan pengimejan True-to-Life OPPO untuk mengetengahkan lima seni tradisional Malaysia, daripada Wayang Kulit hingga tarian Ngajat. Kali ini, fokusnya beralih daripada pemeliharaan budaya kepada penerokaan destinasi.

OPPO Find X10 Series: pra-tempah dan bengkel fotografi percuma

OPPO juga mengesahkan bahawa OPPO Find X10 Series akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, bersama beberapa penambahbaikan perisian ColorOS.

Menurut PR tersebut, pra-tempahan OPPO Find X10 Series dibuka dari 8 hingga 30 Oktober. Pembeli pra-tempah akan menerima enam bengkel fotografi percuma bernilai RM1,149, dikendalikan oleh jurugambar dan pencipta kandungan profesional. Kelas OPPO Studio ini akan diadakan di kedai OPPO setiap hujung minggu bermula 24 Oktober, merangkumi teknik cahaya, perincian, warna, potret dan zum. Tempat adalah terhad dan diberikan mengikut siapa cepat dia dapat.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi OPPO Malaysia atau media sosial @OPPOMalaysia.

Antara Wau Sobek Sering dan Bima Sakti di Pulau Mawar, lokasi mana yang anda paling teringin rakam sendiri? Kongsikan di ruangan komen.

Comments are closed.