Selepas pelancaran dan jualan hari pertama yang berjaya, Siri HONOR 400 terus mengorak langkah dalam mentakrif semula inovasi telefon pintar flagship. Siri ini yang menyediakan teknologi kamera canggih, keupayaan AI Imaging generasi baharu serta spesifikasi berkelas flagship, menawarkan harga mampu milik bermula RM1,899. Lebih menarik, orang ramai kini boleh memiliki Siri HONOR 400 bukan saja ditawarkan komitmen bulanan serendah RM1 sahaja, tetapi model Pro boleh dimiliki secara PERCUMA dengan pelan telco terpilih! Pengguna boleh menjimat sebanyak RM2,699!
Berikut pakej pascabayar yang ditawarkan oleh CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes untuk Siri HONOR 400.
Dapatkan Siri HONOR 400 Serendah RM1 Sebulan Dengan CelcomDigi!
Nikmati nilai tiada tandingan dengan HONOR 400 daripada hanya RM1 sebulan atau HONOR 400 Pro daripada RM10 sebulan, eksklusif menerusi pelan CelcomDigi One Ultra. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi CelcomDigi.
Bawa Pulang Siri HONOR 400 Mulai Daripada RM25 Sebulan Dengan Maxis
Selain itu, Siri HONOR 400 juga boleh dimiliki menerusi pelan pascabayar Maxis. HONOR 400 Pro ditawarkan pada RM30 sebulan manakala HONOR 400 versi 512GB boleh dimiliki pada RM25 sebulan. Kunjungi laman sesawang rasmi Maxis untuk maklumat lanjut mengenai pelan pascabayar Siri HONOR 400 ini.
Miliki HONOR 400 Pro Secara PERCUMA Dengan U Mobile Hari Ini!
Percaya atau tidak, HONOR 400 Pro kini PERCUMA apabila anda melanggan pelan U Family, menjimatkan sebanyak RM2,699! Dapatkan butiran lanjut mengenai tawaran ini di laman sesawang rasmi U Mobile.
Siri HONOR 400 PERCUMA Dengan Pelan Pascabayar Yes Infinite+ Premium!
Dengan rangkaian Yes 5G, HONOR 400 Pro juga boleh dimiliki secara PERCUMA melalui pelan Infinite+ Premium. Manakala HONOR 400 ditawarkan pada harga menarik iaitu hanya RM9 sebulan menerusi pelan Infinite+ Standard. Kunjungi laman sesawang rasmi Yes untuk maklumat lanjut mengenai pelan menarik ini.
Dengan pelan pascabayar yang mampu milik ini, model manakah dalam Siri HONOR 400 yang paling sesuai dengan bajet anda, dan apakah perbezaan antara versi Pro dan versi standard? Berikut adalah perbandingan spesifikasi antara kedua-dua peranti tersebut.
HONOR 400 Pro vs HONOR 400: Kehebatan Kamera
Peminat fotografi mudah alih, HONOR 400 Pro ialah untuk anda. Telefon pintar ini dilengkapi dengan Kamera Utama Super Sensing 200MP yang termaju, dengan sensor besar 1/1.4-inci, apertur f/1.9 serta penstabilan dwi OIS dan EIS untuk hasil gambar yang amat jelas walaupun dalam cahaya rendah. Ia turut hadir dengan Kamera Ultra-Lebar dan Makro 12MP, serta Kamera Telefoto AI 50MP dengan sensor Sony IMX856 yang menyokong sehingga 50x super zum dan OIS, untuk menghasilkan gambar lebih terperinci dan jelas.
HONOR 400 turut menampilkan banyak ciri kamera seperti yang terdapat dalam model Pro, namun ia hadir dengan dwi-kamera tanpa lensa telefoto. Pun begitu, ia telefon pintar pertama di dunia yang menyokong 30x zum telefoto melalui kamera utama dengan bantuan AI Super Zoom. Kedua-dua model ini hadir dengan Kamera Swafoto Potret 50MP dan apertur f/2.0.
HONOR 400 Pro vs HONOR 400: Rekaan dan Kegunaan Mudah Alih
Dari segi reka bentuk dan kegunaan mudah alih, Siri HONOR 400 memberi keutamaan kepada keselesaan dan rasa genggaman seakan semula jadi. Namun begitu, setiap model memenuhi citarasa yang sedikit berbeza. HONOR 400 Pro hadir dengan paparan AMOLED bersaiz besar 6.7 inci yang sesuai untuk pengalaman tontonan yang imersif. Walaupun mempunyai skrin besar, ia tetap mengekalkan profil hanya setebal 8.1mm dan seberat 205g untuk menjadikannya selesa dan mudah digenggam.
Bagi mereka yang mengutamakan rekaan lebih kompak, HONOR 400 hadir dengan paparan AMOLED bersaiz sedikit kecil, iaitu 6.55 inci. Ia hanya setebal 7.33mm dan seberat hanya 184g, menjadikan amat sesuai, mudah disimpan di dalam poket dan selesa digunakan sepanjang hari.
HONOR 400 Pro vs HONOR 400: Perlindungan Tiga Tahap untuk Kalis Jatuhan, Air dan Calar
Siri HONOR 400 menerima pensijilan SGS untuk Perlindungan Retak Hadapan dan Belakang, mempertingkatkan ketahanan lasak peranti ini daripada jatuhan yang tidak disengajakan. Namun, HONOR 400 Pro memiliki dua tahap perlindungan tambahan dengan penarafan IP68 dan IP69 untuk kalis air dan habuk, berbanding IP66 sahaja bagi model standard.
HONOR 400 Pro vs HONOR 400: Paparan Penjagaan Mata Bertaraf Flagship
Kedua-dua HONOR 400 dan HONOR 400 Pro menawarkan paparan AMOLED 1.5K yang menarik, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan HDR puncak sehingga 5,000 nits bagi memastikan penglihatan yang terang walaupun berada di bawah matahari. Ia turut dilengkapi ciri-ciri perlindungan mata seperti Pemalapan Dinamik, Mod Ultra Gelap, Paparan Nyahfokus AI dan Teknologi Cahaya Biru Rendah peringkat perkakasan. Semua ciri ini direka bagi mengurangkan keletihan mata dan melindungi daripada cahaya biru yang memudaratkan.
HONOR 400 Pro pula menawarkan ciri tambahan iaitu Paparan Tona Semula Jadi untuk mengurangkan keletihan mata sehingga 18%.
HONOR 400 Pro vs HONOR 400: Bateri dan Prestasi
Siri HONOR 400 dilengkapi bateri Karbon Silikon berkapasiti ultra besar 6000mAh yang tahan sehingga empat tahun penggunaan. Pro menyokong pengecasan berwayar HONOR SuperCharge 100W dan pengecasan tanpa berwayar HONOR SuperCharge 50W, memberikan kelajuan pengecasan pantas yang penuh dalam hanya 42 minit secara berwayar dan 61 minit tanpa wayar. Setelah dicas penuh, ia mampu menstrim video dalam talian sehingga 17 jam dan memainkan video luar talian sehingga 29 jam.
Bagi model standard pula, ia menyokong pengecasan berwayar HONOR SuperCharge 80W, yang mampu mencapai pengecasan penuh dalam masa 54 minit, serta menawarkan penstriman video dalam talian sehingga 17 jam dan memainkan video luar talian selama 28 jam. Dengan kapasiti bateri yang besar dan keupayaan pengecasan pantas, Siri HONOR 400 sememangnya cukup untuk bertahan sepanjang hari.
Dari segi prestasi, model Pro dikuasakan oleh set cip Snapdragon 8 Gen 3, manakala model standard pula dilengkapi dengan prosesor Snapdragon 7 Gen 3. Kedua-dua peranti ini mampu memberikan pengalaman bermain dengan grafik terbaik yang dipertingkatkan bagi memenuhi setiap permintaan.
HONOR 400 Pro vs HONOR 400: Tiga Varian untuk Penuhi Permintaan Pengguna
HONOR 400 Pro dan HONOR 400 hadir dalam tiga konfigurasi storan, memberikan pengguna pilihan mengikut keperluan dan cita rasa masing-masing. HONOR 400 Pro ditawarkan dalam satu varian sahaja dengan RAM 24GB dan storan dalaman 512GB, menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna yang memerlukan prestasi tinggi serta ruang storan besar bagi fail, aplikasi dan kandungan media bersaiz besar.
Bagi HONOR 400 pula, terdapat dua pilihan storan iaitu RAM 24GB dan storan dalaman 256GB, atau pilihan storan 512GB. Pada masa ini, HONOR sedang menawarkan menaik taraf storan ke 512GB secara PERCUMA tanpa sebarang kos tambahan bagi varian 256GB, memberikan fleksibiliti bagi mereka yang ingin menggunakan storan besar di masa akan datang.
Harga dan Ketersediaan
Siri HONOR 400 juga boleh dibeli di kedai seluruh negara termasuk laman sesawang rasmi HONOR, Shopee, Lazada dan TikTok Shop. HONOR 400 Pro dijual pada harga RM2,699 dan disertakan dengan jam tangan HONOR CHOICE Watch 2i beserta Jaminan Lanjutan 1 Tahun.
Bagi HONOR 400 pula, ianya boleh didapati pada harga RM1,899 untuk varian 256GB, manakala RM2,199 untuk varian 512GB. Kedua-duanya disertakan dengan hadiah percuma HONOR choice Earbuds X7e dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun.
Selain itu, pembelian model 256GB akan menerima naik taraf storan ke 512GB secara PERCUMA tanpa kos tambahan. Tambahan lagi, pembelian model 256GB melalui kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada atau TikTok Shop juga akan disertakan dengan hadiah percuma tambahan iaitu jam kecergasan HONOR Band 10.
Jerayawara Siri HONOR 400 Kini di IOI City Mall Putrajaya!
HONOR sedang menganjurkan Jerayawara Siri HONOR 400 di IOI City Mall Putrajaya sehingga 8 Jun 2025. Sertai HONOR untuk alami aktiviti Time Machine dan Next-Gen AI Imaging di mana foto anda akan diubah menjadi sebuah video kreatif selama lima saat! Daftar sekarang di sini bagi alami perjalanan AI ini.
Selain IOI City Mall, Jerayawara Siri HONOR 400 juga akan menjelajah ke AEON Tebrau City, Johor Bahru (1-6 Julai 2025), diikuti dengan by Queensbay Mall, Pulau Pinang (16-20 Julai 2025).
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang di www.honor.com/my/.
Pautan untuk pendaftaran Time Machine Studio dan Next-Gen AI Imaging Experience: https://www.smartsurvey.co.uk/s/400Series_IOICityMall/
- Advertisement -
Comments are closed.