Ultimate magazine theme for WordPress.

Touch ‘n Go Sudah Rasmi Kad Baru Boleh Tambah Nilai Dengan Menggunakan NFC Telefon

0

Salam Jumaat, sedarkah anda bahawa Touch ‘n Go dengan rasminya harini melancarkan kad generasi baru yang dihadirkan dengan sokongan NFC. Dimana kita sebagai pengguna boleh tambah nilai kad itu dengan hanya menggunakan aplikasi Touch n’ Go eWallet. Gila Gempokk.

Kad ini boleh boleh didapati di aplikasi Touch n’ Go eWallet dengan tanda harga semurah RM10 sahaja. Malah ia juga boleh didapati melalui kedai TNG yang tersedia. Dimana selepas pembelian kad tersebut, kita boleh melakukan tambah nilai dengan hanya menggunakan aplikasi Touch n’ Go. Akan tetapi telefon pintar kita harus ada sokongan NFC kerana kita perlu menyentuhkan kad Touch n’ Go itu pada bahagian NFC yang berada ni telefon pintar kita.

Jadi geng lepasni tak payah lah nak kena pergi kiost-kiost untuk reload. Cukup kita buat sendiri jee macam kita reload RFID. semudah itu jee untuk kita reload kad Touch n’ Go yang baru ni. Siapa yang dah beli, dah try guna dekat tol? macam mana, adakah ia berfungsi dengan jayanya? Komen dekat bawah sebab min nak tau pengalaman korang. berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow

 

 

Sumber Gambar:

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2022/04/834740/tambah-nilai-lebih-mudah-dengan-kad-touch-n-go-versi-baharu

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5035943

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.