Ultimate magazine theme for WordPress.

10 Sebab Mengapa HONOR 50 Merupakan Peranti Terbaik Bagi Kaki Vlog Diluar Sana

0

HONOR 50 baru-baru ini telah pun secara rasmi dilancarkan di Malaysia. Berdasarkan kepada spesifikasi yang ditawarkan, ia menjadikan peranti ini adalah peranti yang sangat sesuai untuk kaki vlog diluar sana. Kenapa?

Jom kita tinjau 10 sebab mengapa HONOR 50 merupakan peranti terbaik bagi kaki vlog diluar sana. 

1. Rakaman Multi-Video,Pengalaman Vlog Sehenti

HONOR 50 ini menawarkan kepada anda fungsi rakaman serentak bagi kamera hadapan dan belakang. Gabungan antara kamera utama belakang, kamera sudut lebat dan kamera depan akan menghasilkan vlog yang lebih menarik.

Penggunaan kamera ini boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu dual-view (depan/belakang), picture-in-picture dan dual-view (belakang/belakang.

  • Dual-view (depan/belakang) akan menggunakan kamera hadapan dan kamera belakang secara serentak ketika proses rakaman dilakukan.
  • Picture-in-picture adalah fungsi dimana kamera belakang akan merakam pemandangan sementara kamera hadapan boleh merakam ekspresi muka ” real-time ” dalam bentuk bingkai kecil. Tambahan pula, bingkai kecil ini boleh diatur kedudukannya dimana sahaja pada sudut skrin.
  • Dual-view (belakang/belakang) pula kamera utama dan kamera sudut boleh merakam serentak, boleh 6x zoom, mengambil pemandangan panorama dan perinciannya boleh dirakam hanya menggunakan satu tangan.

2. Kesinambungan video menjadikan kaki vlog tidak perlu menyunting

Agak sukar dan mungkin sesetengah kaki vlog diluar sana merasakan sedikit kebosanan apabila perlu menyunting rakaman video yang telah diambil. Namun HONOR 50 disini menawarkan fungsi menarik dimana kaki vlog diluar sana sudah tidak perlu menyunting video mereka!

  • Fast & Slow Motion boleh dipilih kelajuan video sama ada kecepatan 2x, 4x atau pun beralih ke gerakan perlahan 0.5x. Hal ini dapat dilakukan bila-bila masa sahaja ketika sedang dalam proses merakam video!
  • Single to Dual-View adalah fungsi yang sangat membantu kaki vlog diluar sana apabila anda boleh beralih antara lensa tunggal ke dwi lensa, depan dan belakang, bila-bila masa tanpa perlu ” cut “.
  • Front to Rear pula membawakan anda beralih daripada lensa depan dan belakang dengan lancar tanpa perlu memotong momen berharga.

3. Kamera Utama Ultra HD 108MP 

HONOR 50 ini adalah merupakan keluaran pertama yang hadir dengan binaan kamera sebesar 108MP! Malah gambar yang diambil mampu mencetak poster setinggi 1 meter.

4. Kamera hadapan 32MP yang mempunyai resolusi tinggi

Kamera hadapan 32MP ini sangat sesuai untuk kaki vlog diluar sana yang ingin merakam reaksi mereka dalam resolusi yang tinggi. Selain itu juga, kamera hadapan ini mempunyai fungsi untuk berubah ke sudut lebar apabila dikesan terdapat dua atau lebih orang dalam bingkai yang sama. 

5. Telefon pintar 5G ultra-nipis yang hanya 175g sahaja

HONOR 50 ini hadir dengan binaan yang sangat ringan lebih kurang berat satu pek kerepek kentang atau 3 batang gincu. Senang dibawa kemana-mana dan sesuai untuk dipegang ditangan.

6. Skrin 75 darjah melengkung

HONOR 50 ini juga hadir dengan paparan skrin yang melengkung menjadikan skrin terlihat lebih besar disamping mengurangi kemungkinan terlalu mudah tersentuh secara tidak sengaja kerana permukaan melengkung terlalu tajam, dilengkapi dengan kadar penyegaran tinggi 120Hz dan layar kadar pensampelan sentuhan 300Hz.

7. Teknologi lombong berlian

HONOR 50 ini menawarkan 4 variasi pilihan warna iaitu Frost Crystal, Emerald Green, Midnight Black dan HONOR Code. 

Frost Crystal ini menggunakan teknologi perlombongan berlian dimana jika diletakkan dibawah cahaya yang berbeza, anda akan dapat lihat reaksi pencahayaannya yang berwarna warni! 

8. Pengecasan pantas HONOR 66W

Disokong pula dengan pengecasan pantas 66W yang dapat mengecas bateri sehingga 70% dalam masa 20 minit dan 45 minit bagi pengecasan penuh 100%. Jadi, HONOR 50 ini sangat sesuai bagi kaki vlog diluar sana untuk memastikan pergerakan mereka sentiasa optimum dalam menghasilkan video-video menarik!

9. Kolaborasi Multi-Skrin

HONOR Magiclink Multiscreen membolehkan anda berkongsi paparan hanya dengan satu sentuhan sahaja di HONOR MagicBook. Penghantaran dokumen, gambar dan juga video dapat dilakukan dengan pantas tanpa memerlukan wayar yang banyak. Tambahan pula, apabila sudah bersambung, anda boleh menjawab panggilan telefon dan video menggunakan kamera dan audio komputer riba. 

10. Hadiah percuma bernilai sehingga RM550!

HONOR 50 ini boleh di pra-tempah mulai sekarang sehingga 24 Oktober 2021 (11.59 malam). Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM550! 

HONOR 50 5G (RM1,999)

  • 8GB RAM + 256GB storan dalaman

HONOR 50 5G (RM1,699)

  • 6GB RAM + 128GB storan dalaman

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.