HONOR Malaysia Lancar Magic Stories Awards 2026: Peluang Menang Peranti Flagship & Promosi Pelancongan Negara!
HONOR Malaysia secara rasmi mengumumkan pelancaran HONOR Magic Stories Awards 2026, sebuah pertandingan fotografi mudah alih yang bertujuan untuk memartabatkan keindahan budaya dan landskap Malaysia ke persada dunia. Inisiatif ini juga merupakan sokongan padu HONOR terhadap kempen Visit Malaysia 2026.
Bukan sekadar pertandingan, HONOR turut menganjurkan Siri Jelajah Bengkel Fotografi Kebangsaan di 7 lokasi menarik untuk membantu peminat gajet mengasah bakat kreatif mereka menggunakan teknologi kamera telefon pintar terkini

21 Peranti Flagship Menanti Pemenang
Sebanyak 21 pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti penceritaan visual mereka melalui enam tema utama: landskap bandar (cityscape), rakyat & budaya, alam semula jadi, makanan, permata tersembunyi (hidden gems), dan haiwan.
Berikut adalah senarai hadiah lumayan yang ditawarkan:
- Photographer of the Year (1 Pemenang): Telefon Flagship Boleh Lipat HONOR (HONOR Flagship Foldable Phone).
- Master of Photography Award (2 Pemenang): HONOR Magic8 Pro
- Prestigious Photographers Awards (3 Pemenang): HONOR 600 Pro.
- HONORable Photographers Awards (15 Pemenang): HONOR 600.
Menariknya, pemenang terpilih akan mendapat laluan pantas (fast-track) ke peringkat akhir Global HONOR Magic Stories Awards 2026 untuk pengiktirafan antarabangsa.
Sertai Bengkel Fotografi di 7 Destinasi Ikonik
Bagi anda yang ingin belajar teknik fotografi profesional secara hands-on, HONOR akan mengadakan bengkel di lokasi-lokasi berikut bermula 9 Mei hingga 11 Julai 2026:

Program ini turut mendapat sokongan CelcomDigi sebagai Rakan Kesambungan Rasmi bagi memastikan peserta dapat berkongsi karya mereka dengan pantas melalui rangkaian berkelajuan tinggi.
Cara Penyertaan
Jika anda pengguna tegar HONOR, ini masanya untuk menyerlah!
- Tempoh Penyertaan: 27 April sehingga 15 September 2026.
- Syarat Utama: Semua karya mestilah dirakam menggunakan telefon pintar HONOR sahaja.
- Pengumuman Pemenang: Akan dilakukan pada bulan Oktober 2026.
Untuk maklumat lanjut mengenai kategori pertandingan atau pendaftaran bengkel, anda boleh melayari:
Maklumat Awards: https://www.honor.com/my/magic-stories-awards/guide/
Pendaftaran Bengkel: https://www.honor.com/my/magic-stories-awards/workshop/
Jangan lepaskan peluang ini untuk memenangi peranti tercanggih HONOR sambil mempromosikan keindahan Malaysia!
- Advertisement -
Comments are closed.