Ultimate magazine theme for WordPress.

Akhirnya, Samsung Bakal Melancarkan ‘Samsung Unpacked’ Pada 10 Ogos

0

Salam Semuanya, sebelum-sebelum ini hangat menjadi bualan ramai tentang perlancaran daripada Samsung bersama acara Samsung Unpacked. Disitu kita boleh lihat acara ini sudah menangkap perhatian banyak pihak.

Kini, penantian membuahkan hasil kerana Samsung Unpacked ini bakal berlangsung pada 10 Ogos tahun ini, yang mana pada acara tersebut Samsung dikatakan bakal melancarkan peranti Samsung Galaxy Z Fold dan Samsung Galaxy Z Flip4.

Kedua peranti yang bakal dilancarkan kelak berkebolehan dalam melipat peranti atau erti kata lain peranti skrin boleh-lipat. Selain daripada telefon pintar, jam tangan pintar dan fon telinga nirwayar turut akan diperkenalkan iaitu Samsung Galaxy Watch 5, Galaxy Buds2 Pro dan Samsung Galaxy Buds3. Siapa yang lama menanti peranti baru daripada samsung ni? Sama-sama lah kita berhuhu dan menunggu tarikh acara tersebut. Tinggalkan komen untuk info bersama, sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.