Ultimate magazine theme for WordPress.

Huawei MateBook D 16 & MateBook 16s Sudah Boleh Pre-Order?

0

Salam Kenangan, hari ini Huawei merasmikan 2 lagi model komputer riba terbaru mereka, yang mana Huawei perkenalkan dengan nama model tersebut MateBook D 16 & MateBook 16s yang mana kedua model ini baru sahaja dilancarkan sebentar tadi di Huawei APAC Smart Office Launch 2022.

Bercakap mengenai Huawei MateBook D 16, komputer riba ini dikatakan sangat ringan walaupun hadir dengan saiz skrin 16 inci. Tambahan, komputer riba ini disertakan dengan skrin bersama mod keselesaan mata dan hadir dengan paparan penuh skrin.  Sentuh sedikit mengenai spesifikasinya pula, komputer riba ini dikuasakan dengan prosessor 12th Gen Intel Core H-Series dan dijana dengan Intel Core i7-12700 H. Lebih menariknya lagi, komputer riba ini hadir bersama ‘HUAWEI Shark Fin Fan Cooling System’ yang mana sistem penyejukan yang bagus ini hadir dengan 2 pilihan mod iaitu Standart Mode dan Performance Mode. Pada tahap pengecasan pantas, komputer riba ini. menyokong sehingga 65W. Beralih kepada bahagian memori, Komputer riba ini hadir dengan RAM bersaiz 8GB & 16GB, manakala untuk storan dalaman pula hadir dengan sebesar 512GB.

Beralih pula pada HUAWEI MateBook 16s dan terus sentuh mengenai spesifikasinya, Komputer riba ini hadir bersama saiz skrin 16 inci dan ia dijana dengan 12th Gen Core Processor bersama Intel Core i7-12700H7. Manakala pada bahagian grafik kad pula, Huawei hadirkan kad grafik Intel Iris Xe yang mana ia akan memudahkan pengguna untuk menyunting video dan gambar. Malah dengan grafik kad sebegitu pengguna boleh bermain video games pada resolusi yang tinggi.

Selain daripada menyunting gambar dan video. Ia juga berkebolehan dalam design graphic geng, padu ke tak? Ciri-ciri lain, Huawei MateBook 16s hadir dengan ciri AI Camera dan AI Sound. AI Camera hadir dengan 3 ciri yang menarik. Pertama FollowCam yang mana paparan akan mengikut pergerakan, Virtual Background pula pengguna berkebolehan untuk meletakkan gambar latar belakang yang menarik dan cantik. Terakhir, ciri Eye Contact yang mana komputer riba ini akan memastikan mata hitam kita akan terus memandang kearah kamera walaupun sebenarnya mata kita memandang sebaliknya, menarik ciri ini untuk mereka yang mempunyai masalah untuk memandang ke arah satu tempat dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, komputer riba ini turut hadir dengan Touch Pad ciri Anti Fingerprint yang mana ia tidak akan meninggalkan kesan cap jari di bahagian Touch Pad peranti semasa ataupun selepas kita menggunakannya.

Akhirnya, mari kita berbicara mengenai harga peranti yang min pasti ramai ingin mengetahuinya. Huawei MateBook D 16 bermula dengan serendah RM3,699 dan akan rasmi pada 6th Ogos 2022. Manakala untuk Huawei MateBook 16s, komputer riba itu hadir dengan tanda harga rasmi iaitu RM6,999 (16GB RAM + 1TB) dan akan rasmi pada 6th Ogos 2022. Dan ingin min ingatkan, kedua komputer riba ini hanya tersedia untuk pra-tempahan pada hari ini. Jangan lepaskan peluang kerana Huawei akan setiap pra-tempahan akan mendapat FreeGifts yang bernilai sehingga RM1,700 antaranya bag, windows office home and student untuk 1 tahun dan Huawei Sound Joy. Tinggalkan komen untuk info bersama, Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum, Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.