Ultimate magazine theme for WordPress.

Huawei MatePad Pro dan MateBook X Pro Rasmi Bersama Sistem Operasi Harmony OS3

0

Salam Cinta Pandang Pertama, hari ini Huawei telah rasmi melancarkan peranti terbaru mereka yang berlangsung di Bangkok, Thailand. Disini nampaknya Huawei telah perkenalkan beberapa peranti dan antaranya adalah sebuah Tablet Huawei MatePad Pro dan komputer riba Huawei MateBook X Pro. Perlancaran yang berlangsung pada hari ini berjalan dengan sangat baik. Team Izami Gadget mendapat jemputan daripada Huawei untuk pergi kesini dan merasakan sendiri kemeriahan perlancaran peranti-peranti tersebut.

Daripada perlancaran yang berlangsung sebentar tadi, Huawei MatePad Pro hadir dengan saiz 11 inci, skrin OLED dan kadar segar semula mencapai sehingga 120Hz. Selain daripada itu, Huawei MatePad Pro jika dipandang daripada sudut sisi, peranti ini hanya senipis 7.2mm dan beratnya hanya 460g. Sistem operasi yang disertakan pada peranti ini pula Harmony OS3 geng. Peranti ini hanya disertakan dengan 1 varian warna sahaja iaitu MidNight Gray. Cip pemprosesan yang disertakan adalah Qualcomm SnapDragon 870 bersama GPU Adreno 650 670 MHz.

Beralih kepada komputer riba mereka, Huawei MateBook X Pro. Komputer riba ini masih lagi kekalkan reka bentuk yang ultra nipis, sama seperti beberapa model MateBook sebelum-sebelum ini, dan beratnya hanya 1.33kg. Komputer riba ini turut hadir dengan ciri ‘Huawei Real Colour FullView Display’ yang mana Huawei mengatakan warna yang ditunjukkan daripada komputer riba ini, adalah warna yang sebenar pada dunia nyata. Komputer riba ini dijana dengan 10th Gen Intel Core Processor bersama Intel Core i7-10510U. Huawei mengatakan ia sangat sesuai digunakan untuk kegunaan kerja, lebih-lebih laga untuk video conference. Ini kerana komputer riba ini hadir dengan ciri ‘Smart Conference’, antara ciri bagus adalah ‘FollowCam’ yang mana kamera pada komputer riba ini akan fokus pada muka pengguna, itu jikalau seorang sahaja dihadapan kamera. Sekiranya ada 2 orang atau lebih, mod kamera akan menjadi kamera ultra-lebar dan akan memaparkan semua yang berada di hadapan kamera. Menarik kan?

Spesifikasi mantap telah pun diumumkan oleh Huawei. Kini beralih kepada tarikh pra-tempahan untuk peranti-peranti ini. Huawei MatePad Pro boleh di pra-tempah bermula 19th Ogos 2022 tetapi harganya masih belum lagi diketahui. Sama juga seperti Huawei MateBook X Pro yang belum dapat tahu lagi harga rasmi peranti tetapi ia boleh di pra-tempah bermula 19 Ogos 2022. Tinggalkan komen untuk info bersama geng, Sampai bertemu lagi, Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.