Ultimate magazine theme for WordPress.

Huawei FreeBuds Pro 2 Bakal Dilancarkan Dengan Penambahan Warna Silver blue

0

Salam Sejahtera, dikala Huawei sedang rancak melancarkan komputer riba dan tablet. Tidak ketinggalan juga untuk mereka perkenalkan EarBuds mereka, yang mana ia dikatakan hadir dengan mod Noise Cancellation yang sangat mantap dan ketahanan bateri yang sangat baik.

Huawei FreeBuds Pro 2 rasmi dengan edisi baru dan beberapa ciri yang menarik. Dimana, EarBuds ini berkebolehan dalam menyambungkan kepada 2 peranti dalam satu masa. Malah, ia hadir dengan 3 varian warna, warna yang baru diperkenalkan adalah Silver Blue dan hadir turut juga hadir dengan warna Silver Fost dan Ceramic White

Huawei buds berkolaboras dengan Devialet bagi melengkapkan sebuah FreeBuds Pro 2 ini menjadi earbuds yang paling mantap. Lebih menariknya lagi, ketika kita membuat panggilan telefon, FreeBuds ini mampu fokuskan pada suara kita sahaja walaupun ketika itu kita berada dalam suasana yang bising. Seperti yang min katakan tadi, Earbuds ini boleh disambungkan pada 2 peranti dalam satu masa. Dimana pelbagai peranti boleh disambungkan contohnya seperti peranti-peranti IOS, Android, Window dan banyak lagi. Akan tetapi, penggunaannya hanya dibolehkan untuk satu peranti dalam satu masa.

Buat ketika ini, FreeBuds Pro 2 masih belum lagi diketahui untuk harga dan tarikh pra tempahannya. Sama-sama kita nantikan teka-teki daripada Huawei tentang perlancarannya terjawab. Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.