Ultimate magazine theme for WordPress.

Thor : Love And Thunder Ghaib Di Malaysia

0

Salam Cinta Dan Guruh, cerita THOR Love and Thunder walaupun sudah semakin kurang Hype di Malaysia, tetapi tetap juga ada peminat yang menanti cerita ini agar ia ditayangkan di pawagam Malaysia.

Kepada yang belum tahu, cerita sambungan daripada filem Marvel iaitu Thor : Love And Thunder secara rasminya tidak akan di tayangkan di Malaysia.

 

Sebelum ini rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah pengakhiran untuk sebuah filem yang kerap kali tangguh tayangannya di Malaysia. Akhirnya terjawab apabila hari ini Disney telah pun mengumumkan sebuah berita yang agak menyedihkan pada peminat mereka bahawa cerita ini secara rasminya tidak akan ditayangkan di Malaysia, atas sebab apa masih belum lagi diketahui.

Kepada yang bersedih dengan berita ini, jangan risau jangan khuatir. Korang pergi je ke negara jiran contohnya yang paling dekat ialah Singapore atau Thailand dan saksikan sendiri filem yang epik ni. Btw, min dah tengok cerita ni geng, dan min boleh bagitahu yang korang takkan rugi kalau korang spend duit untuk tengok cerita ni disana.

 

Ada babak yang perghhh merecikss.. Ehh ehh pergi tengok sana, min tak boleh nak cerita dekat sini. Nanti keseronokan tu jadi kurang. Haha, kepada yang berhasrat nak menonton min ucapkan selamat menonton geng. Tinggalkan komen untuk info bersama, sampai bertemu lagi. Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.