Ultimate magazine theme for WordPress.

Realme Narzo 50i Prime Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia

0

Salam Senandung, Realme kini semakin rancak dalam perkenalkan perantinya. Terbaru, Realme bakal menawarkan sebuah peranti yang tampak elegan tetapi dengan penawaran harga yang marhaen. Peranti ini ialah Realme Narzo 50i Prime, dikatakan hadir dengan model yang dikemaskini daripada siri Realme Narzo 50 yang dilancarkan sebelum ini.

Realme ada berkongsi mengenai peranti ini di media sosial Facebook mereka dan ini menunjukkan rekaanya mungkin sama seperti model sebelumnya tetapi untuk spesifikasi masih belum pasti lagi. Apa korang rasa peranti Realme yang ini wajar hadir dengan spesifikasi yang sama hanya tukar pada nama model dan reka bentuknya sahaja?

Akan tetapi sekiranya sama, kita boleh lihat bahawa peranti ini akan menggunakan skrin bersaiz 6.5 inci LCD HD+ dan hadir bersama bateri sebesar 5000Mah. Kamera utama masih mengekalkan dengan kamera utama 8MP dan kamera hadapan pula 5MP. Cip pemprosesan untuk peranti ini akan menggunakan Unisoc T612. Itu yang belum pasti lagi. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan kebenarannya daripada Realme. Sampai Bertemu lagi, Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.