Ultimate magazine theme for WordPress.

APPLE CLAIM M1 ULTRA ADALAH CIP YANG TERPALING BERKUASA?

0

Seperti yang sedia maklum, bulan lepas Apple ada claim yang cip M1 Ultra akan menjadi cip yang paling berkuasa dan boleh dikatakan mampu menandingi PC Discrete GPUs yang paling berkuasa iaitu NVIDIA GeForce 3090. Geng2 PC confirm nak tengok legit ke tidak dengan apa yang diperkatakan oleh Apple ni. The Verge akhirnya mengeluarkan keputusan setelah ujian dibuat. Pada pendapat min, Apple boleh dikatakan Overclaim dengan produknya sendiri.

Kenapa min cakap dia overclaim? Seperti gambar yang korang nampak diatas, tu adalah keputusan daripada ujian Geekbench 5 Compute. Daripada keputusan itu kita boleh nampak markah untuk RTX 3090 adalah 215,034. Untuk Max Studio (Ultra) adalah 83,121. Ini bermakna hampir 3 kali ganda kehebatan RTX 3090. Kalau kita bandingkan dengan Mac Studio (Max) pula yang markahnya 63,370. Maknanya sudah lebih daripada 3 kali ganda tau dengan RTX 3090. Come on lah Apple..

So apa pendapat korang, adalah ini salah satu marketing daripada Apple atau korang rasa memang Apple Overclaim untuk product dorang yang kali ini? Jangan lupa tinggalkan komen untuk min nak tau pendapat korang pulak..

 

 

 

 

 

Sumber :

https://www.macrumors.com

https://www.theverge.com/22981815/apple-mac-studio-m1-ultra-max-review

https://screenrant.com/m1-ultra-most-powerful-desktop-chip-ever-apple

https://www.servethehome.com

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.