Ultimate magazine theme for WordPress.

Apple Watch Tahan Lasak Bakal Tiba 2022 Ini?

0

Terdapat khabar angin menyatakanbahawa Apple bakal mengeluarkan versi Apple Watch yang lasak dan kini penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo mengesahkan bahawa peranti itu bakal dilancarkan pada 2022. Beliau juga menjangkakan tiga model Apple Watch akan dilancarkan tahun depan iaitu siri Watch 8, model SE baharu dan jam tangan lasak. Jam tangan lasak itu juga mungkin akan digelar sebagai edisi Explorer.

Masih belum ada sebarang butiran spesifikasi peranti itu buat masa ini. Apple Watch Tahan Lasak ini mungkin membawa banyak ciri dari siri Watch 8.Apple Watch Series 8 dijangka membawa penderia suhu badan yang akan membantu pengguna mengumpulkan lebih banyak data kesihatan dan kecergasan.

Jam tangan pintar ini akan disasarkan untuk pengguna aktif / ekstrem / luar. Seperti yang dijangkakan oleh ramai pengguna, Apple Watch Tahan Lasak mungkin datang dengan ciri perlindungan dan badan anti-kejutan.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

Sumber

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.