Ultimate magazine theme for WordPress.

Casing Phone Yang Disertakan Dengan Sokongan 5G Pertama Di Dunia

0

Salam Kenangan Semalam, dunia sekarang makin maju, perkara yang mustahil kini tidak lagi mustahil. Baru-baru ini syarikat pengeluar peralatan telekomunikasi dari negara China iaitu Soyelink telah memberi kejutan kepada satu dunia dimana mereka telah perkenalkan satu gajet baru, sebuah Casing Phone yang mampu menyokong rangkaian 5G walaupun telefon pintar itu cuma hanya mampu menyokong sehingga rangkaian 4G sahaja.

Pelik tapi benar, itu ungkapan yang keluar daripada mulut min masa mula-mula dapat tau mengenai perkara ini, mana tak nya sebab ini adalah pertama dalam dunia tau. Casing Phone ini dikenali dengan nama ‘5G  Communication Case’ yang mana ia terbina dengan eSim dan modem di dalamnya yang disambungkan kepada USB-C. Pada ketika ini, Casing Phone ini rasmi dengan tanda harga 799¥ (RM520)

Akan tetapi, pada perlancaran ini ia hanya ditawarkan pada telefon pintar model Huawei 50 dan Huawei 50 Pro sahaja. Untuk model telefon pintar yang lain, Soyealink mengatakan ia akan menawarkan pada masa akan datang. Jadi kita boleh lihat yang mungkin, mereka masih dalam proses pengujian gajet tersebut. Siapa ada Huawei P50 dan P50 Pro dah boleh beli tu, pakai casing tapi rangkainya 5G, Fuhhh. Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

 

Sumber Gambar :

https://soyacincau.com/2022/05/19/huawei-p50-pro-5g-case-esim-5g-modem-soyealink/

https://www.notebookcheck.net/Huawei-P50-Pro-compatible-5G-case-is-now-officially-a-thing-rated-to-add-eSIM-powered-functions-to-the-smartphone-for-about-US-120.620328.0.html

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.