Ultimate magazine theme for WordPress.

Boleh Lihat Alam Disebalik Dinding – Xaver-1000

0

Salam Cinta, ada ke alat yang membolehkan kita melihat objek disebalik dinding. Ia mungkin suatu perkara yang diinginkan sebab sangat menakjubkan apabila kita berkemampuan untuk melihat apa perkara yang berlaku disebalik dinding. Kini semua itu menjadi tidak mustahil selepas terlancarnya Xaver-1000 ini.

Pada tahun ini, sebuah teknologi baru diperkenalkan pada mata dunia oleh sebuah firma teknologi ketenteraan Israel iaitu Camero-Tech. Mereka tidak menidakkan kebolehan teknologi mereka yang mampu menembusi dinidng dan mengesan individu atau haiwan dengan skrin sebesar 10.1″ yang disertakan pada alat tersebut.

Teknologi ini juga dikatakan boleh menembusi pelbagai bahan binaan, contohnya seperti dinding konkrit, simen, srucco, adobe, batu-batu dan plaster. Pada tahap penjarakan imbasan ianya boleh pergi sehingga 42 meter akan tetapi ia bergantung juga pada bahan binaan pada dinding tersebut.

 

Hadir dengan berat 16.5KG, teknologi daripada Camero-Tech ini memboleh mengimbas dan memberi info daripada skrin yang terbina sama ada individu disebalik dinding itu sedang melakukan apa. Contohnya mereka sedang, baring, berjalan atau duduk, ia tetap boleh dikesan dengan alat ini. Malah susunan ruang bilik juga turut boleh diimbas.

Jadi, teknologi ini banyak diguna pakai untuk tentera. Kalau ingin membuat serang hendap, mereka boleh dapatkan info dahulu sebelum membuat operasi pecah masuk. Jangan lupa tinggalkan komen untuk info bersama. Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

 

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.