Ultimate magazine theme for WordPress.

Apple AR Headset Ditangguhkan, Perlancaran Mungkin Pada Awal 2023

0

Salam Kenal, Banyak jenama yang sudah memperkenalkan peranti HeadSet AR (Augmented Reality) di pasaran. Tetapi pasti yang ini tetap akan menjadi penantian kepada peminat mereka. Apple buat pertama kalinya akan melancarkan Headset AR keluaran mereka yang bakal diperkenalkan sekitar pada awal tahun 2023 kelak.

HeadSet AR ini, khabar angin mengatakan ia ditangguhkan perlancarannya berkemungkinan disebabkan kekangan rangkaian bekalan dan antara sebab lain adalah Apple tidak mahu mengeluarkan peranti AR ini dalam keadaan stok yang terhad.

Apple menjangkakan untuk menjual peranti AR kita pada sekitar 1 Juta hingga 1.5 Juta unit pada tahun pertama perlancaran. Yang pasti ia adalah sesuatu yang sukar dicapai tetapi boleh dicapai. Lagi-lagi ia adalah sebuah peranti yang dikeluarkan daripada Apple, pasti akan mendapat sambutan dan jualan yang menggalakkan.

 

Tambahan lagi, Apple berkemungkinan akan menjual peranti AR tersebut dengan tanda harga 2,000USD, sama dengan RM8,804. Itu membuatkan lagi Apple tidak mahu melancarkan peranti AR ini dalam keadaan stok peranti yang terhad, Kerana nanti pada perlancarannya, peranti AR daripada Apple ini akan menjadi peranti AR yang pertama dalam kelas premium.

Jadi, dengan harga yang ditawarkan Apple ni, agak-agak korang sanggup tak melabur untuk mendapatkan sebuah HeadSet AR daripada jenama Apple? Tinggalkan pendapat di ruangan komen untuk info bersama, Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.