Ultimate magazine theme for WordPress.

Saham NetFlix Jatuh – Pecat Lagi 300 Pekerja

Salam Kenangan, bulan lalu Netflix sudah membuang 150 pekerja. Ini kerana pada suku tahun lalu, saham Netflix jatuh selepas dunia semakin pulih daripada pandemik. Dan disebabkan itu juga, Netflix membatalkan projek filem dan dengan mengambil langkah berjaga-jaga, Netflix kini membuang lagi tenaga pekerja agar dengan cara ini, Netflix dapat menampung kos operasi pada hari mendatang.

Demi menjaga syarikat supaya ia bertahan lama, 300 pekerja telah dibuang dan sebahagian besar adalah mereka yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Daripada apa yang kita lihat, pengurangan besar saham Netflix adalah sebanyak 70% yang nampaknya Netflix perlu memikirkan cara untuk meningkatkan jumlah langganan dan cara pemasaran yang strategik.

 

Buat masa sekarang, CEO Netflix telah mengeluarkan kenyataan dimana untuk pertama kalinya Netflix membuat keputusan mengurangkan caj bulanan tetapi akan ada iklan ketika siaran berlangsung. Ini kerana, ramai yang berhenti melanggan Netflix atas kerana caj bulanan yang semakin tinggi.

Jadi pada pendapat korang, adakah disebabkan dengan hadirnya penstriman filem yang semakin banyak, dengan harga yang ditawarkan agak murah, ia menjadi punca kepada kejatuhan Netflix? Berkongsi pendapat untuk info bersama geng, Sampai bertemu lagi, Assalamualaikum. Chow !

 

 

Sumber Gambar :

https://identity-mag.com/pandemic-review-what-we-can-learn-from-the-documentary/

https://www.reuters.com/technology/netflix-lays-off-300-employees-cost-cutting-drive-2022-06-23/

https://compressjpeg.com/

- Advertisement -

Comments are closed.