Ultimate magazine theme for WordPress.

Netflix Elak Kerugian Dengan Membuang 150 Pekerja

0

Salam Cinta Tanda Rasa, Sekarang pelbagai platform penstriman video diperkenalkan. Akan tetapi salah satu platform yang terkenal adalah Netflix. Seperti yang kita sedia maklum, untuk beberapa bulan kebelakang, Netflix mengalami kerugian. Ini kerana ramai yang berhenti melanggan Netflix.

Oleh kerana itu, sebelum ini Netflix pernah mengambil inisiatif dengan membuang pekerja yang bekerja di unit promosi filem dan rancangan tv. Akan tetapi, lebih mengejutkan lagi pada selasa minggu lagu, menurut sumber daripada NPR, Netflix membuang lagi 150 pekerja dan sebahagian besar daripada pekerja yang dibuang itu berpengkalan di Amerika Syarikat. Tambahan, pembuangan pekerja itu bukan disebabkan masalah prestasi, akan tetapi ia adalah langkah dalam menyelamatkan perniagaan syarikat yang semakin merundum. Ini menunjukkan bahawa bilangan pekerja di Netflix semakin berkurangan.

Menurut sumber, 13% pelanggan yang membatalkan langganan Netflix adalah pelanggan yang sudah bersama Netflix lebih daripada tiga tahun. Kini Netflix sudah mengesahkan strateginya, bahawa mereka merancang untuk mengurangkan harga langganan dengan melancarkan pelan baharu kepada pelanggan yang akan datang. Korang rasa apa yang Netflix perlu buat? Takkan nak caj sebulan 2 ringgit? haha Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

Sumber Gambar :

https://worldakkam.com/netflix-fires-150-employees-as-subscriber-losses-continue-to-drive-salary-cuts/749964/

https://vocket.tech/alami-kemerosotan-perniagaan-netflix-terpaksa-membuang-sebanyak-150-pekerja/

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.