Ultimate magazine theme for WordPress.

Smart #1 EV – Kereta Eletrik Pertama Daripada Proton Bakal Dipasarkan Seawal Tahun 2023 Di Malaysia

0

Salam Kenangan Lalu, Pelbagai kereta EV diperkenalkan di pasaran dunia. Kebanyakannya adalah daripada jenama yang sangat populer dan dikenali di mata dunia. Baru-baru ini min dapat sumber daripada Paultan.Org, Proton melalui Proton Edar menyatakan yang mereka bakal menjadi pengedar untuk kereta Smart di Malaysia.

Lebih mengejutkan lagi, Proton berkemungkinan akan memasarkan kereta eletrik pertamanya iaitu Smart #1 EV di negara Malaysia pada tahun 2023 akan datang. Sedikit info mengenai kereta tersebut, ia merupakan kereta sedan kompak yang dihadirkan dengan empat pintu. disertakan pula dengan motor berkuasa kuda 262, tahap kelajuannya pula boleh mencecah sehingga 180 km/j. Malah, ia berkebolehan meneruskan perjalanan sehingga 440 KM dengan sekali cas penuh. Lebih menariknya lagi, kereta ini hanya mengambil masa 30 minit sahaja untuk mencapat 80% dengan pengecasan 150 KW DC.

Kereta ini sudah dilancarkan di pasaran China dengan tanda harga sekitar RM127,000. Sama-sama lah kita nantikan ketika ia dilancarkan di Malaysia, mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi sebuah kereta yang diminati oleh serata dunia. Sampai berjumpa lagi geng. Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.