Ultimate magazine theme for WordPress.

Xiaomi Mi TV ES Pro 86″ Hadir Dengan Quad-Core A73 Flagship Processor

0

Salam Sayang, Sebuah jenama nombor satu di China iaitu Xiaomi baru-baru ini perkembangkan lagi produknya dengan melancarkan sebuah TV baru. TV ini rasmi dengan nama yang diberi iaitu Xiaomi Mi TV ES Pro 86″.  sebuah TV yang mempunyai paparan skrin bersaiz 86-inci dengan resolusi 3840 x 2160 piksel dan warna gamut DCI-P3 94%. Sumber daripada Xiaomi Community.

Baru-baru ini ia dilancarkan di China, sebuah TV yang mempunyai kadar segar semula sehingga 120Hz pasti mampu memberi paparan yang berkualiti. Ciri tambahan seperti nisbah skrin ke badan 94.3% turut disertakan pada TV ini. Malah, TV ini turut disertakan dengan ciri seperti mampu menyesuaikan kecerahan skrin secara automatik mengikut persekitarannya.TV ini rasmi di China dengan tanda harga ¥8,499 iaitu bersamaan dengan duit Malaysia RM 5,596. Harga sedikit keras tapi dengan penawaran yang disertakan, ia sangatlah berbaloi kerana cip pemprosesan untuk TV ini disertakan adalah Quad-Core A73 Flagship Processor.

Dipadankan pula dengan memori 4GM RAM dan storan dalaman 64GB, untuk sistem operasinya, ia disertakan dengan MIUI TV dan sokongan untuk pembantu Mayo Xiao AI menerusi alat kawalan jauh. Tidak ketinggalan, ia juga dilengkapi dengan sistem pembesar suara 8 unit dengan output 15 W bersama sokongan Dolby Audio. Masih mencari TV, Xiaomi TV ini mungkin akan menjadi salah satu barang yang korang tak menyesal untuk beli. Sampai berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.