Ultimate magazine theme for WordPress.

TWS Mirip Airpod – Meizu Blus Air Kini Diperkenalkan Di Pasaran

0

Salam Kenangan semalam, TWS kini di pasaran sudah tumbuh seperti cendawan. Mana tak nya, dalam sebulan berapa banyak TWS diperkenalkan pada pasaran dunia. Bermacam-macam reka bentuk, ciri kebolehan dan banyak lagi yang ditawarkan kepada pengguna.

Info daripada GizmoChina, sebuah TWS baru kini hadir dengan penawaran audio tersendiri iaitu Meizu Blus Air TWS. Ia bersaiz 12mm dengan gabungan dwi-mikrofon terbina. Ia juga hadir dengan mode dimana ia berkebolehan mendengar audio daripada luar telinga tanpa kita menanggalkan TWS tersebut, ciri ini dipanggil Ambience Mode. Turut juga dilengkapi juga dengan sistem Electronic Noice Cancellation dan 50ms low latency mode dimana ia bakal memberi pengalaman yang hebat kepada pengguna.

Lebih menarik lagi, ia disertakan dengan Bluetooth 5.2 dan bateri yang berketahanan sehingga 25 jam. Malah, TWS ini turut berkebolehan dalam kalis air IPX5 yang mana ia sangat sesuai digunakan ketika bersukan. So kalau korang berminat, harga yang ditawarkan adalah 159¥ (RM104), angkat geng sebab murah dah tu haha. sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.