Ultimate magazine theme for WordPress.

Sambut Aidilfitri Lebih Rancak Di TikTok Dengan #RancakRaya

0

Salam Ku Bersuara, seperti yang kita sedia maklum. dunia semakin maju, aplikasi untuk kita kongsi gambar, video, idea dan banyak lagi, ianya boleh dilakukan di beberapa media sosial contohnya seperti TikTok. Kini TikTok mula memperkenalkan satu kempen dengan hashtag #RancakRaya yang mana pengguna boleh merakam dan berkongsi detik-detik indah bersama keluarga dan sanak saudara di media sosial tersebut.

 

Bukan hanya detik-detik indah, pengguna juga boleh berkongsi topik yang berkait dengan raya contohnya seperti memasak, fesyen, muzik, juadah raya yang disajikan, kongsi perjalanan pergi rumah terbuka dan banyak lagi. Ini kerana daripada tinjauan yang dilakukan oleh TikTok, mereka mendapati bahawa lebih daripada 54% rakyat Malaysia banyak meluangkan masa di sosial media pada bulan Ramadhan.

Dengan hasil tontonan lebih daripada 32 billion pada bulan Ramadhan tahun lepas, ia menunjukkan ada peningkatan sebanyak 28% untuk tontonan bulan bukan ramadhan. Kempen yang TikTok anjurkan ini dimeriahkan lagi dengan beberapa artis naungan TikTOk yang pertama di pertingkat global, Khai Bahar, Izzue Islam dan banyak lagi. Mereka juga bakal membawakan sebuah lagu Raya Original TikTok. Fuhh siapa yang dah join kempen ni? Views korang naik tak? Haha Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow ! #RancakTikTok #IzamiGadget

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.